Menganalisa Saham dan Unit Trust – Satu Kemestian!

Kebanyakkan pelabur tidak mahu membuat analisis sendiri disebabkan oleh kurang keyakinan diri dan pengetahuan dalam pasaran saham. Mereka akan melayari forum-forum yang membincangkan berkenaan pasaran saham dan hanya mahu tahu apa yang orang lain beli.

Tidakkah anda merasa pelik menggunakan duit yang anda simpan bertahun-tahun kemudian digunakan untuk membeli saham/unit trust dengan semata-mata bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh orang lain yang kita tidak kenal? Adakah proses itu yang anda gunakan untuk membeli baju yang sedang anda pakai sekarang? Sama sekali tidak! Mengapa jika anda hendak membeli baju anda akan memilih baju yang terbaik dengan harga yang berpatutan tetapi apabila berkaitan dengan saham/unit trust, anda boleh sahaja mengambil pendapat orang lain dengan yakin tanpa mengetahui baik buruknya pilihan itu?