Analisa Saham – PJDEV (April – Julai 2009)

Mulai sekarang saya akan mula postkan analisa saham-saham pada period-period tertentu. Hampir kesemua analisa hanya akan dibuat pada data saham yang lalu (historical data) dan bukan menganalisa data saham terkini bagi mendapatkan idea-idea pelaburan. Oleh itu kepada sesiapa yang inginkan idea saham apa yang boleh dibeli sekarang, anda sudah silap tempat. Stock suggestion anda boleh saja dapatkan di forum-forum atau daripada blog-blog lain. Bukan blog ini.

Pertama-tama sekali saya tidak menggunakan indikator-indikator yang saya sendiri tidak faham. Saya hanya menganalisa berdasarkan price dan volume bar dan juga moving average line. Itu sahaja. Pada saya, yang penting adalah pattern carta saham. Kenalpasti pattern mana yang memberikan kebarangkalian keuntungan yang tinggi (ini bukan judi – untuk makluman) dan gunakan berulang-ulang kali. Tidak semestinya analisa saham yang saya paparkan atau akan paparkan merupakan saham yang telah saya berurusniaga. Saya hanya menerangkan konsep dan kaedah analisa saham dan terpulang kepada anda untuk mencubanya (lihat dulu Disclaimer). Anda boleh check analisa ini dengan carta saham yang anda ada atau kalau anda masih baru nak mula, anda boleh download free stock charting software daripada ChartNexus. Selepas install softwarenya, ikut saja arahannya untuk download EOD (End-of-day) data bagi pasaran Malaysia. Tapi kalau tak silap saya, data hariannya terhad. Hanya bermula dari tahun 2007 hingga sekarang.

Ok, saya mulakan dengan carta PJDEV, period (April – Julai 2009). Lihat cartanya di sini.

Seperti yang hampir semua maklum, pasaran mula uptrend kembali pada Mac 2009. Jadi, pastikan segala transaksi belian saham yang akan dibuat, dilaksanakan pada masa pasaran sedang berada dalam uptrend yang nyata. Daripada carta,

(1) Saham telah naik 20% atau lebih daripada bottom. Dalam kes ini kenaikkan adalah 34%

(2) Volume menaik sejajar dengan kenaikkan (1)

(3) Base atau consolidation hendaklah melebihi 5 hari. Flat base PJDEV terbentuk dalam 13 hari.

(4) Majoriti volume bar semasa basing/consolidating berada pada atau di bawah garis 50-day Moving Average (MA untuk volume).

(5) Buy point adalah 0.54 iaitu 0.005 di atas aras tertinggi base (0.535). STOP-LOSS set 5% di bawah buy point iaitu pada 0.51. SEGERA JUAL JIKA SAHAM JATUH DAN MENYENTUH 0.51!

(6) Rekodkan Largest Single Day Drop (LSDD1) iaitu -5.66%. Jika selepas breakout, saham jatuh melebihi LSDD1, SEGERA JUAL!

(7) Breakout daripada flat base. Beli pada 0.54 atau lebih tetapi jangan melebihi 5% daripada 0.54, dan pastikan (8) turut terjadi!

(8) Breakout volume kena melebihi 40% daripada 50-day Moving Average (MA) untuk volume. PJDEV breakout volume = 423% garis 50-day MA!

(9) Selepas breakout di (7), ini adalah price bar yang terbesar dalam tempoh 5 hari selepas breakout. Rangenya 0.035 (high tolak low). Breakout day di (7) merupakan 1st RUN-UP DAY kerana range di (7) perlu sama atau lebih dengan 0.035.

(10) PJDEV naik 23% daripada dasar flat base pertama (3) dan base baru sudah lebih 5 hari terjadi.

(11) Voume keseluruhan menaik.

(12) Flat base kedua PJDEV.

(13) Volume semasa base, kebanyakkan di bawah average daily volume (50-day MA volume).

(14) Buy point adalah 0.60 iaitu 0.005 di atas aras tertinggi base (0.595).

(15) LSDD2 baru = -4.24%. Jika saham jatuh melebihi LSDD2, SEGERA JUAL! LSDD1 automatik terbatal.

(16) Breakout daripada flat base kedua. Peluang membeli kali kedua untuk tambah pegangan. Beli kali kedua pada harga 0.60 atau lebih tapi jangan lebih daripada 5% di atas buy point 0.60, pastikan (17) turut berlaku! Hari ini juga merupakan 1st RUN-UP DAY.

(17) Breakout volume perlu melebihi 40% daripada normal (garis 50-day MA). PJDEV breakout volume = 358%!

(18) Back ke belakang 5 hari sebelum breakout day di (16). Ini merupakan range terbesar (0.02) dalam 5 hari tersebut. Breakout day merupakan 1st RUN-UP DAY kerana rangenya melebihi 0.02 iaitu 0.055.

(19) 2nd RUN-UP DAY. Range hari ini 0.035 dan melebihi 0.02.

(20) 3rd RUN-UP DAY. Range hari ini 0.04 dan melebihi 0.02.

(21) ISLAND TOP berlaku apabila saham menghasilkan new high tapi kemudian ditutup hampir kepada aras terendah hari itu. ISLAND TOP hendaklah terjadi selepas 3rd RUN-UP DAY. Low (0.69) pada ISLAND TOP menjadi SUPPORT.

(22) JUAL SEBAIK SAHAJA ISLAND TOP LOW (0.69) DI BOLOSI KE BAWAH!

Potensi keuntungan yang diperolehi dan contoh berdasarkan belian RM1000 setiap kali:

Flat base pertama (3) hingga jualan di (22):
Buy price : 0.54 (RM1000)
Sell price : 0.685 (RM1268.50)
% keuntungan : 26.85%

Flat base kedua (12) hingga jualan di (22):
Buy price : 0.60 (RM1000)
Sell price : 0.685 (1141.70)
% keuntungan : 14.17%

Keuntungan keseluruhan = (RM1268.50 + RM1141.70) – RM2000
= RM2410.2
= 20.51% dalam masa kurang 7 minggu

Saham di atas dianalisa menggunakan teknik yang terkandung dalam ebook SistemSaham.com. Analisa saham di atas dibuat tanpa menggunakan apa-apa technical analysis indicator. Hanya menggunakan price and volume action. Teknik/kaedah yang dinyatakan dalam ebook SistemSaham.com, pertama-tama sekali dapat mengurangkan kerugian anda dalam pasaran saham. Anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham. Keduanya, anda akan dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten daripada urusniaga jual beli saham anda. Anda boleh mencuba teknik SistemSaham.com selama 90 hari. Jika anda tidak berpuashati dengan kaedah/teknik yg terkandung dalam ebook itu, wang anda akan dikembalikan 100% tanpa banyak soal. Untuk mendapatkan ebook itu, sila klik di sini.