Panduan Analisa Saham di Bursa Malaysia

PENGUNGUMAN PENTING! KLIK DI SINI!

Tujuan artikel ini hanyalah satu, iaitu untuk membuka mata anda tentang potensi pasaran saham Bursa Malaysia. Selama ini, orang asyik kata yang pasaran saham adalah tempat orang untuk berjudi. Mana tidaknya. Anda cuma perlu pilih sahaja saham apa pun (sama macam main dart) berdasarkan ‘TIPS PANAS’ dan kemudian jual bila saham itu naik 5 atau 6 sen. Kalau saham itu jatuh, pegang sampai ia naik balik. Tak kisahlah sampai bila pun. Lama-lama saham itu naik balik, kata hati kecil anda. Tak perlu belajar cara-cara untuk berurusniaga saham sebab saham ini bukannya boleh confirm dapat duit sepanjang masa. Orang kaya saja yang main saham ni. Orang macam kita ini cuma tunggu tips-tips panas baru boleh main saham.

Panduan Asas Meningkatkan Keuntungan Dalam Pasaran Saham

Saya anggap yang anda telah biasa dengan jenis-jenis carta saham (stock chart), samaada jenis candlestick, bar, atau line chart. Jika anda masih baru dalam pasaran saham, anda boleh beli buku How to Make Money in Stock yang dikarang oleh William J O’Neil atau pergi ke laman website Stockcharts.com untuk mempelajari jenis-jenis carta yang boleh digunakan untuk menganalisa saham.

Sebelum kita terus kepada langkah-langkah melabur secara sistematik, perlu ditekan di sini, emosi dan perasaan kena diasingkan dalam setiap keputusan beli atau jual saham. Emosi dan perasaan yang timbul setiap kali kita jalankan urusniaga jual beli saham tidak dapat langsung bantu tentukan keuntungan dalam saham. Pasaran tak kenal apa itu harapan dan apa itu tamak. Yang pentingnya, apa yang sedang pasaran buat dan kemudian tindakan kita bedasarkan apa yang pasaran sedang buat. ITU SAHAJA!

Jadi, seperti yang saya cakap sebelum ini, untuk belajar mengatasi perasaan-perasaan atau emosi-emosi negatif, latihan yang baik dan berkesan adalah dengan membuat live trade. Beli saham guna duit dari poket sendiri. TAPI, sebelum itu, persediaan untuk melabur mesti ada dulu!

Kenalpasti arah pergerakan keseluruhan pasaran saham

Majoriti saham bergerak secara berkelompok. Kita akan nampak pergerakkan kelompok saham ini daripada indeks pasaran saham Bursa Malaysia seperti FBMKLCI, FBM100, FBMSHA dan lain-lain. Jadi, dengan mengenalpasti arah pasaran secara keseluruhan, kita boleh mengelakkan dari membeli saham pada masa pasaran sedang lemah dan jual pada ketika pasaran menunjukkan tanda-tanda handak tenat.

Jadi, hadkan pembelian saham hanya pada ketika pasaran telah atau sedang menunjukkan trend upward dan sekali-kali jangan beli saham bila pasaran telah menunjukkan tanda-tanda downtrend.

Hampir mustahil untuk dapat untung apabila kita beli saham dalam keadaan pasaran dalam downtrend. Kalau ada pun untung, kebanyakannya disebabkan nasib. Kenapa kita nak bergantung pada nasib? Kenapa tidak kita ikut saja keadaan pasaran masa nak beli saham? Beli pada ketika pasaran naik, ketika kebarangkalian untuk saham naik lebih tinggi? Kenapa masih juga nak beli saham bila pasaran jelas-jelas dalam downtrend? Jangan cari nahas!

Duit kita tu, kita perlu jaga betul-betul. Dalam bidang jual beli saham ini, duit menjadi aset kita. Macam pekedai runcit dengan barang-barangnya. Barang-barang yang ada dalam kedainya itulah aset-aset dia. Kalau aset tak ada, macam mana nak berniaga? Jadi, aset kita itu hanya perlu digunakan apabila keadaan dan suasana kedua-duanya memihak kepada kita. Dengan kata lain, JANGAN MENENTANG ARUS! Free-free je dapat penat, letih dan duit pun boleh hilang!

Kenalpasti saham-saham yang berpotensi

Jadi, bila kita sudah kenalpasti pasaran sedang dalam uptrend yang jelas dan nyata, langkah seterusnya untuk mencari saham yang berpotensi untuk naik. Walaupun pasaran sedang memihak kepada kita, bukan bermakna anda boleh pilih dan beli mana-mana saham yang anda RASA boleh naik! Tidak semestinya semua saham akan naik seiring dengan kenaikkan pasaran. Ada saham yang naik dulu dan ada yang naik kemudian dan ada juga yang jatuh walaupun pasaran sedang naik!

Untuk memilih saham pastikan:

  • pasaran saham Bursa Malaysia dalam uptrend yang jelas dan nyata, dan
  • saham keluar (breakout) daripada corak-corak carta saham (stock chart pattern) yang tertentu

Asasnya, pasaran saham digerakkan oleh supply and demand law. Jika permintaan meningkat harga saham akan naik, dan sebaliknya, jika permintaan turun, harga saham akann turut turun.

Setiap keputusan untuk beli atau jual dalam pasaran saham dipengaruhi oleh tingkah laku, perasaan dan emosi manusia. Sebab itulah, bila kita tengok carta saham, kita boleh lihat corak-corak tertentu yang sentiasa berulang-ulang sebelum saham bergerak naik atau turun.

Oleh sebab itu, dengan menganalisa carta saham dan mencari corak-corak tertentu atau base dalam saham tersebut, kita boleh menenalpasti dengan lebih awal, mana-mana saham yang baru hendak bergerak naik.

Kesimpulannya, stock chart pattern atau base merupakan satu bentuk plot dalam graf harga saham yang menunjukkan corak-corak tertentu yang berulang-ulang, disebabkan pengaruh pelabur terhadap sesuatu saham itu, yang boleh dikenalpasi sebelum sesuatu saham itu meningkat naik.

Sebahagian daripada corak-corak carta saham yang sentiasa berulang saban masa adalah seperti Cup with Handle (CwH) dan Flat base (FB).

Kenalpasti harga beli saham atau breakout point

Daripada analisa carta saham, kita boleh tentukan dimana harga beli saham atau breakout point. Breakout point adalah aras harga tertentu saham dimana, apabila diatasi atau dilepasi, kebarangkalian untuk saham itu naik, menjadi sangat tinggi.

Tetapi, jangan hanya beli bila saja saham melepasi breakout point. Anda kena pastikan volume harian saham semasa hari breakout, melepasi aras tertentu. Jika tidak, kemungkinan besar saham itu jatuh balik, adalah sangat besar.

Jadi asas utama dalam mencari dan membeli saham adalah:

  • kenalpasti base tertentu dalam carta saham
  • kenalpasti harga beli saham (breakout point) sebelum ia bergerak naik
  • pastikan volume semasa breakout melepasi aras tertentu, dan
  • beli saham ketika ia bergerak melepasi harga yang kita telah tentukan

Tujuan sebenar kita bukanlah untuk membeli pada harga terendah. Salah satu sebabnya untuk tidak membeli pada aras terendah adalah kerana kita tidak tahu berapa jauh saham akan jatuh. Saham perlu diberi peluang untuk membuktikan yang ia masih ada kekuatan. Selepas perkara itu terbukti, barulah kita masuk pasaran dengan membeli saham terbabit.

Tetapkan risiko (kerugian) yang sanggup anda terima

Ini adalah perkara yang paling sukar buat semua orang, samaada bagi orang yang sudah pro atau amatur dalam bidang saham ini. Dalam membuat keputusan untuk jual mana-mana saham, emosi dan perasaan seseorang pelabur akan jadi lebih menekan. Majoriti pelabur akan menjual berdasarkan emosi atau perasaan mereka seperti, takut harga akan jatuh balik atau terpengaruh dengan desakan atau pengaruh pelabur lain.

Pertama-tama sekali selepas kita membeli saham, tetapkan harga dimana kita perlu jual saham apabila saham bergerak bertentangan dengan expectation kita. Dengan kata lain, pada harga apa saham perlu dijual apabila saham mula menunjukkan kerugian? TETAPKAN RISIKO KERUGIAN YANG KITA SANGGUP TERIMA!

Kebiasaannya, saham perlu dijual apabila saham jatuh 8% di bawah harga belian kita. Semudah itu sahaja!

Tetapi kaedah menghadkan kerugian ini merupakan kaedah yang PALING susah nak diterapkan dalam sanubari setiap pelabur. Terutamanya pelabur yang menganggap dirinya pelabur jangka masa panjang. Mereka hampir langsung tidak memetapkan tahap kerugian yang boleh mereka terima.

Rasionalnya, menetapkan kerugian maksima sebanyak 8% di bawah harga beli saham adalah kerana apabila saham bergerak pada arah bertentangan (turun):

  • kita tidak tahu sejauh mana dan berapa lama saham akan jatuh dan dengan menjual kita masih boleh membeli kembali saham itu bila ia naik
  • kita dapat pastikan yang duit (aset) kita sentiasa ada, dan bersedia untuk berpindah/membeli saham lain yang berpotensi
  • at least, kerugian yang kita alami, dapat mengingatkan kita tentang kesilapan-kesilapan yang tak sepatutnya kita buat
  • kerugian itu boleh dianggap sebagai bayaran premium insuran atau yuran pembelajaran dalam bidang saham

Kita akan sentiasa dibelenggu dengan kesilapan-kesilapan. Itu sudah menjadi lumrah apabila berkecimpung dalam bidang saham ini. Majoriti daripada urusniaga yang kita akan jalankan akan menunjukkan kerugian. Hanya sedikit yang menunjukkan keuntungan. Dengan kaedah menghadkan kerugian hanya pada 8% di bawah harga belian, kita dapat pastikan setiap kerugian itu adalah kerugian-kerugian kecil, yang tidak dapat menggugat usaha kita samaada dari segi psikologi atau kewangan untuk terus berurusniaga dalam pasaran saham Bursa Malaysia.

Jual saham untuk mendapatkan keuntungan

Apabila saham telah naik jauh, sebagai contoh 20% daripada aras yang kita beli, saham perlu dijual apabila keadaan pasaran secara keseluruhan menunjukkan tanda-tanda kelemahan. Apabila pasaran telah naik dalam tempoh masa yang lama, akan tiba masanya pasaran akan mengalami downtrend. Cuma bila masa ia berlaku yang menjadi tanda tanya. Tapi sumber tanda-tanda kelemahan pasaran bukan dari apa yang kita dapat melalui berita-berita TV atau kita berita yang dibaca dari internet. Tapi tanda-tanda kelemahan pasaran akan kita dapat melalui isyarat-isyarat yang ditunjukkan oleh carta indeks pasaran saham Bursa Malaysia (FBMKLCI, FBMEMAS, FBM100, dll). Dengan menterjemahkan pergerakan carta indeks pasaran, setiap pergerakkan turun naik pasaran dapat kita tentukan sebelum terlambat.

Apa yang perlu kita buat adalah untuk menjual saham sebaik sahaja pasaran menunjukkan tanda-tanda awal kelemahan, walaupun masih ramai di kalangan pelabur masih kekal dengan tanggapan yang pasaran masih kukuh. Dalam pasaran saham ini, perkara yang bertentangan akan berlaku. Apabila majoriti pelabur hingga kepada orang ramai mengatakan yang pasaran berada dalam keadaan yang sangat baik dan beranggapan downtrend pasaran masih jauh lagi, AWAS! Bila itu berlaku, pasaran telah berada hampir kepada kemuncaknya!

Saham perlu kita jual sebaik-baiknya pada masa pasaran masih naik dan masih ada orang yang mampu beli saham kita. Perkara yang paling susah adalah apabila kita hendak jual saham apabila pasaran telah jatuh dan majoriti pelabur menjual saham. Dalam keadaan itu, amat susah untuk mencari pembeli dan biasanya kita hanya dapat jual apabila harga saham telah jatuh jauh daripada puncaknya.

Jadi, seboleh-bolehnya elakkan daripada menjual bila pasaran sedang jatuh dan pastikan seboleh-bolehnya saham dijual apabila pasaran saham Bursa Malaysia masih kukuh DIMATA KEBANYAKAN PELABUR DAN ORANG RAMAI!

Elakkan daripada cuba menjual pada aras saham berada pada kemuncaknya. Usaha itu hampir mustahil untuk dicuba. Tiada kaedah melabur yang boleh menetapkan harga jualan saham tepat pada kemuncaknya. Jadi, jangan sekali-kali cuba untuk berbuat demikian. Jual apabila saham menunjukkan isyarat jualan dan terus lupakan saham terbabit selepas dijual kecuali saham itu naik kembali pada harga belian yang lain.

———————————————————————

Penerangan di atas merupakan ringkasan daripada teknik yang terkandung dalam ebook SistemSaham.com. Dengan menggunakan teknik SistemSaham.com, saham-saham dianalisa tanpa menggunakan apa-apa technical analysis indicator. Hanya menggunakan price and volume action SAHAJA. Teknik/kaedah yang dinyatakan dalam ebook SistemSaham.com, jika digunakan dengan berdisplin dan tetap, akan dapat mengurangkan kerugian anda dalam pasaran saham. Anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham dengan menggunakan kaedah ini. Yang keduanya, anda akan dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten daripada hampir setiap urusniaga jual beli saham anda.

Anda boleh mencuba teknik SistemSaham.com selama 90 hari. Jika anda tidak berpuashati dengan kaedah/teknik yg terkandung dalam ebook itu, wang anda akan dikembalikan 100% tanpa banyak soal. Untuk mendapatkan ebook itu, sila klik di sini.