Analisa Saham – PJDEV (Jan – May 2007)

*Untuk kaji sendiri carta saham, anda boleh gunakan ChartNexus. Sila download di sini. Atau jika anda serious untuk mengkaji carta saham anda boleh gunakan perisian carta FChart SE (Versi percuma) atau anda guna mana-mana perisian carta saham lain yang anda suka. Data EOD (end-of-day) anda boleh subscribe di bizfun.cc.

Sambungan kepada analisa saham PJDEV (Okt 2006 – Mac 2007) lalu, saya sambung analisa saham yang sama. Analisa kali ini pada period Jan – May 2007. Sebaik sahaja PJDEV dijual pada 0.685 (rujuk link di atas), PJDEV mula membina base yang lain. Lihat carta besarnya di sini. Analisa seperti berikut:

(1) Kenaikkan 75% sebelum saham mula “mengoreksi” (hehehe, macam orang indonesia), atau mula membina base.

(2) Dalam tempoh yang sama, volume meningkat secara keseluruhannya.

(3) PJDEV menghasilkan Cup with Handle (CwH) base.

(4) Volume dalam base kebanyakkannya di bawah paras average (50-day moving average line).

(5) Buy point bagi CwH bukan di sini.

(6) Buy point untuk CwH adalah pada 0.69 iaitu 0.005 di atas aras tertinggi handle pada 0.685.

(7) Breakout berlaku dan melepasi buy point yang ditetapkan pada 0.69.

(8) Volume ketika breakout meningkat 70% di atas average daily volume (50-day moving average bagi volume).

(9) Largest Single Day Drop (LSDD1) adalah -13.10%. Jual saham bila saja selepas breakout, saham jatuh melebihi LSDD1.

(10) Hari breakout merupakan hari range terbesar dalam 5 hari selepas breakout iaitu dengan range 0.035.

(11) 1st RUN-UP DAY. Range hari ini adalah 0.04, melebihi range di (10) iaitu 0.035.

(12) 2nd RUN-UP DAY. Range hari ini adalah 0.065, melebihi range di (10) iaitu 0.035.

(13) 3rd RUN-UP DAY. Range hari ini adalah 0.05, melebihi range di (10) iaitu 0.035.

(14) ISLAND TOP berlaku. Saham menghasilkan harga tertinggi sejak breakout tetapi menutup di hampir kepada aras terendah. Price low pada hari ini iaitu 0.81 menjadi support untuk saham.

(15) Saham dijual sebaik sahaja melepasi aras support di (14) iaitu 0.81.

Potensi keuntungan yang diperolehi dan contoh berdasarkan belian RM1000 :

Selepas breakout daripada Cup with Handle base (7) hingga jualan di (15):
Buy price : 0.690 (RM1000)
Sell price : 0.805 (RM1166.70)
% keuntungan : 16.67% dalam masa 7 hari.

Saham di atas dianalisa menggunakan teknik yang terkandung dalam ebook SistemSaham.com. Analisa saham di atas dibuat tanpa menggunakan apa-apa technical analysis indicator. Hanya menggunakan price and volume action. Teknik/kaedah yang dinyatakan dalam ebook SistemSaham.com, pertama-tama sekali dapat mengurangkan kerugian anda dalam pasaran saham. Anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham. Keduanya, anda akan dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten daripada urusniaga jual beli saham anda. Anda boleh mencuba teknik SistemSaham.com selama 90 hari. Jika anda tidak berpuashati dengan kaedah/teknik yg terkandung dalam ebook itu, wang anda akan dikembalikan 100% tanpa banyak soal. Untuk mendapatkan ebook itu, sila klik di sini.