Analisa Saham – PJDEV (Oct 2006 – Julai 2007)

Berdasarkan analisa saham PJDEV dalam tempoh Oct 2006 hingga Julai 2007, (untuk post sebelum ini, klik di sini, ANALISA1, ANALISA2 dan ANALISA3), terdapat 3 base yang terbentuk sejak daripada PJDEV memulakan uptrendnya (October 2006) hingga ke penghujung uptrend PJDEV (Julai 2007). Tempoh kenaikkan adalah lebih kurang 10 bulan. Lihat carta besarnya di sini.

Perlu diingat, pasaran telah berada dalam uptrend yang nyata (bermula semasa saham PJDEV mula dibeli pada Jan 2007. Kemudian semua saham PJDEV terjual sebelum pasaran mula jatuh menjunam pada Feb 2007. Belian kemudian dilakukan setelah pasaran menunjukkan signal kembali ke uptrend pada penghujung Mac 2007 hingga akhirnya saham dijual kesemuanya sebelum pasaran mula berada dalam downtrend. Asasnya, kesemua pembelian dilakukan selepas pasaran mula menunjukkan signal uptrend. Jualan selalunya dilakukan apabila saham PJDEV telah terlebih dahulu menunjukkan signal jualan, sebelum kemudiannya pasaran pula menghasilkan signal downtrend. Sila klik di sini untuk perbandingan carta pasaran dan dan carta saham PJDEV.

Pengiraan jumlah keuntungan adalah seperti yang ditunjukkan di bawah ini.
Untuk memudahkan pengiraan, dianggap:
1. Berdasarkan pelaburan awal RM1000
2. Kos transaksi diabaikan (lebih kurang 2% jika ditolak daripada modal)
3. Menggunakan kaedah compounding.

(A) PJDEV1
Belian 1 – RM0.53 (RM1000)
Jualan 1 – RM0.68 (RM1283)
% keuntungan bagi PJDEV1 = 28.3%

(B) PJDEV2
Belian 2 – RM0.69 (RM1283)
Jualan 2 – RM0.805 (RM1496.88)
% keuntungan bagi PJDEV2 = 16.67%

(C) PJDEV3
Belian 3 – RM0.875 (RM1496.88)
Jualan 3 – RM1.14 (RM1950.28)
% keuntungan bagi PJDEV3 = 30.29%

Jumlah peningkatan keuntungan [Dari (A)->(B)->(C)]:
= RM1950.28 – RM1000
= RM950.28, atau
= 95%!!! dalam tempoh lebih kurang 10 bulan.

Dapat disimpulkan, dengan menggunakan kaedah jual beli saham (sila kaji analisa saham PJDEV sebelum ini) dan kaedah compounding (setiap pembelian seterusnya menggunakan hasil jualan saham sebelum itu) dalam pelaburan saham, 3 keuntungan saham PJDEV (28.3%, 16.67% dan 30.29%) dapat memberikan keuntungan 95%.

Saham di atas dianalisa menggunakan teknik yang terkandung dalam ebook SistemSaham.com. Analisa saham di atas dibuat tanpa menggunakan apa-apa technical analysis indicator. Hanya menggunakan price and volume action. Teknik/kaedah yang dinyatakan dalam ebook SistemSaham.com, pertama-tama sekali dapat mengurangkan kerugian anda dalam pasaran saham. Anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham. Keduanya, anda akan dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten daripada urusniaga jual beli saham anda. Anda boleh mencuba teknik SistemSaham.com selama 90 hari. Jika anda tidak berpuashati dengan kaedah/teknik yg terkandung dalam ebook itu, wang anda akan dikembalikan 100% tanpa banyak soal. Untuk mendapatkan ebook itu, sila klik di sini.