Analisa Saham – SCOMI (Mei – Dis 2003)

Analisa kali ini adalah bagi saham SCOMI. SCOMI sekarang sedang mengalami kenaikkan mendadak selepas mendasar (bottoming) pada akhir Mac lepas. Trend kejatuhan SCOMI bermula pada Jun 2009 lepas dengan penurunan lebih 50% daripada paras tertinggi iaitu 0.825. Tapi analisa kali ini bukan pada data terkini, tapi pada data yang lepas iaitu data sebaik sahaja SCOMI disenaraikan di Bursa Malaysia pada Mei 2003.

Terlebih dahulu, pasaran mula menghasilkan signal permulaan uptrend pada 23 Mei 2003. Hari tersebut adalah hari FOLLOWTHROUGH di mana indeks meningkat lebih 1% dengan volume turut meningkat berbanding hari sebelumnya. SCOMI tersenarai dalam Bursa Malaysia sebelum signal uptrend pasaran timbul. Satu kelebihan apabila saham tersenarai sebaik sahaja pasaran mula hendak menunjukkan trend menaik.

Bagi analisa saham SCOMI, analisa dibahagikan kepada 2 bahagian untuk memudahkan pemahaman. Klik di sini untuk carta saham SCOMI untuk analisa di bawah.

PART 1

(1) Saham meningkat 194% sebelum menghasilkan base.

(2) Trend volume semasa di (1) turut meningkat.

(3) SCOMI menghasilkan CUP shape base.

(4) Volume semasa basing di (3) kebanyakkannya di bawah paras average 50-day Moving Average line.

(5) Paras tertinggi base SCOMI adalah pada 0.66 dan pivot point (harga belian) disetkan pada 0.665. Harga belian maksimum adalah pada 0.7 iaitu 5% di atas 0.665. Seboleh-boleh jangan beli melebihi 0.70.

(6) Largest Single Day Drop (LSDD) adalah -6.25%. Ini sebagai signal untuk trigger sell apabila selepas breakout, saham jatuh melebihi LSDD iaitu melebihi -6.25%.

(7) SCOMI breakout di sini dan bukannya hari sebelum itu. Pada hari sebelumnya breakout volume tidak mencapai threshold 40% di atas paras average 50-day moving average line untuk volume.

(8) Volume semasa breakout meningkat 116%.

(9) Saham telah meningkat sebanyak 63% sebelum menghasilkan satu lagi base.

(10) Volume semasa (9) turut meningkat.

(11) SCOMI menghasilkan satu lagi CUP shape base.

(12) Volume semasa (11) mostly di bawah garis average daily volume.

(13) Pasar tertinggi base terbaru, iaitu 0.84. Jadi pivot point adalah 0.845. Maksimum belian adalah hingga 0.885.

(14) LSDD kedua (LSDD2) = –5.64%. LSDD pertama di (6) secara automatik terbatal.

(15) SCOMI breakout di sini.

(16) Breakout volume meningkat sebanyak 160% daripada average volume line.

(17) Range terbesar iaitu 0.037 dalam tempoh 5 hari selepas breakout.

(18) Hari breakout turut merupakan 1ST RUN-UP DAY.

(19) 2ND RUN-UP DAY

(20) 3RD RUN-UP DAY

(21) ISLAND TOP berlaku apabila saham membuat new high tapip kemudian ditutup pada aras hampir kepada aras terendahnya. Aras terendah ISLAND TOP ini menjadi support untuk SCOMI. Jual apabila dalam mana-mana hari support pada 1.29 dibolosi.

(22) SCOMI dijual apabila support pada 1.29 dibolosi.

Part 2

(23) Saham meningkat 120% sebelum menghasilkan base seterusnya.

(24) Volume turut meningkat.

(25) SCOMI menghasilkan satu lagi CUP shape base.

(26) Volume bar kebanyakkannya di bawah garisan average daily volume (50-day moving average untuk volume).

(27) Pivot point (buy point) adalah 0.1 sen di atas aras tertinggi base (1.52) iaitu 1.53. Maksimum belian adalah pada 1.61.

(28) LSDD ketiga (LSDD3) = -5.95%. LSDD2 automatik terbatal.

(29) SCOMI breakout hari ini.

(30) Breakout volume adalah sebanyak 200% daripada aras average.

(31) Range terbesar, iaitu 0.10, dalam tempoh 5 hari selepas breakout.

(32) Hari breakout juga merupakan hari 1ST RUN-UP DAY

(33) 2ND RUN-UP DAY

(34) 3RD RUN-UP DAY

(35) Tiada ISLAND TOP selepas (34). Tetapi saham rebound dan naik lebih 10% (iaitu 21%).

(36) Selepas saham rebound pada (35), menghasilkan ISLAND TOP. Ars terendah ISLAND TOP menjadi support iaitu pada 1.84.

(37) Saham di jual sebaik sahaja support pada 1.84 dibolosi.

Potensi keuntungan yang diperolehi dan contoh berdasarkan belian pertama RM1000 dan kedua juga RM1000 :
Selepas breakout daripada CUP base (7) hingga jualan di (22):
Belian 1 : 0.665 (RM1000)
Jualan 1 : 1.28 (RM1924.80)
% keuntungan : 92.48%

Selepas breakout daripada CUP base (15) hingga jualan di (22):
Belian 2 : 0.845 (RM1000)
Jualan 2 : 1.28 (RM1514.80)
% keuntungan : 51.48%

Selepas breakout daripada CUP base (29) hingga jualan di (36), menggunakan hasil Jualan 1 + Jualan 2:
Belian 3 : 1.53 (RM1924.80 + RM1514.80 = RM3439.60)
Jualan 3 : 1.93 (RM4338.71)
% keuntungan : 26.14%

Keuntungan keseluruhan = (RM4338.71 – RM2000)/RM2000 = 116.93%
dalam 16 minggu sahaja!!!

Saham di atas dianalisa menggunakan teknik yang terkandung dalam ebook SistemSaham.com. Analisa saham di atas dibuat tanpa menggunakan apa-apa technical analysis indicator. Hanya menggunakan price and volume action. Teknik/kaedah yang dinyatakan dalam ebook SistemSaham.com, pertama-tama sekali dapat mengurangkan kerugian anda dalam pasaran saham. Anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham. Keduanya, anda akan dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten daripada urusniaga jual beli saham anda. Anda boleh mencuba teknik SistemSaham.com selama 90 hari. Jika anda tidak berpuashati dengan kaedah/teknik yg terkandung dalam ebook itu, wang anda akan dikembalikan 100% tanpa banyak soal. Untuk mendapatkan ebook itu, sila klik di sini.