Analisa Saham – KNM (Jun – Nov 2009)

Analisa kali ini akan menekankan tentang pentingnya menjual sebaik sahaja sell signal telah terserlah. Sebelum itu, KNM telah mengalami kenaikkan keseluruhan sebanyak 65%. Analisa saham KNM yang lepas boleh di lihat di sini.

Ada 2 carta saham KNM. Carta pertama di sini, menunjukkan sell signal dan STOP-LOSS yang di trigger menyebabkan saham dijual.
Carta saham KNM kedua di sini, menunjukkan kesan daripada akibat tidak menjual saham pada ketika STOP-LOSS telah tercapai.

Analisa untuk carta pertama :-

(1) Saham meningkat sebanyak 27% sebelum membina base.

(2) Vol turut meningkat.

(3) KNM membina Flat base (FB).

(4) Vol kebanyakkannya di bawah garisan average (50-day moving average).

(5) Buy point/pivot adalah 0.005 sen (1 tad) di atas aras tertinggi FB iaitu 0.900.

(6) Largest Single Day Drop (LSDD) = -2.94%. Jual sebaik sahaja selepas breakout, terdapat mana-mana hari yang jetuh melebihi LSDD.

(7) KNM breakout daripada FB.

(8) Vol hanya meningkat sebanyak 15%. Tidak cukup dan sepatutnya samaada 40% atau lebih berbanding average vol (50-day moving average vol). Sepatutnya tidak boleh beli kerana vol tidak cukup syarat.

(9) Jika sudah terbeli, jual di sini atau hari keesokkannya apabila loss pada hari ini, iaitu -3.35% melebihi LSDD.

(10) Boleh juga jual di sini selepas berlakunya (9).

KNM cuba rebound dan nampaknya berjaya membina satu lagi base. Tapi base ini ada masalah. Analisa seperti berikut :-

(11) Saham meningkat 20%.

(12) Vol turut meningkat.

(13) KNM membina CUP shape base.

(14) Vol sebahagian besarnya di bawah aras 50-day moving average line.

(15) Buy point/pivot adalah pada 0.83.

(16) LSDD = -3.18%.

(17) KNM breakout daripada CUP shape base.

(18) Vol meningkat sebanyak 79% berbanding average vol.

(19) Range terbesar (iaitu 0.02) dalam tempoh 5 hari sebelum hari breakout.

(20) 1ST RUN-UP DAY. Range hari ini adalah 0.045 > di (19).

(21) 2ND RUN-UP DAY. Range hari ini adalah 0.035 > di (19).

(22) 3RD RUN-UP DAY. Range hari ini adalah 0.025 > di (19).

(23) Tiada ISLAND TOP tapi terpaksa jual kerana telah trigger STOP-LOSS, iaitu -8% di bawah harga belian di 0.83. STOP-LOSS adalah di 0.765.

Jika KNM tidak dijual pada (23), kerugian yang dialami setakat 21/4/2010 adalah sebanyak 21%. Sepatutnya kerugian kecil pada -8% di bawah paras beli sudah cukup sebagai signal untuk melepaskan KNM sebelum menerima kerugian yang lebih besar lagi.

Bergantung kepada harapan yang KNM akan naik semula, tidak cukup.

—————————————————-

Saham di atas dianalisa menggunakan teknik yang terkandung dalam ebook SistemSaham.com. Analisa saham di atas dibuat tanpa menggunakan apa-apa technical analysis indicator. Hanya menggunakan price and volume action. Teknik/kaedah yang dinyatakan dalam ebook SistemSaham.com, pertama-tama sekali dapat mengurangkan kerugian anda dalam pasaran saham. Anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham. Keduanya, anda akan dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten daripada urusniaga jual beli saham anda. Anda boleh mencuba teknik SistemSaham.com selama 90 hari. Jika anda tidak berpuashati dengan kaedah/teknik yg terkandung dalam ebook itu, wang anda akan dikembalikan 100% tanpa banyak soal. Untuk mendapatkan ebook itu, sila klik di sini.