Analisa Saham – RAMUNIA (Feb – Apr 2010)

Kejatuhan teruk RAMUNIA pada 1 Mac 2010 lalu adalah kemuncak untuk kejatuhan jangka masa panjang yang bermula daripada Mei 2009 lalu. Sebelum RAMUNIA jatuh hampir kepada 50% hanya dalam masa 1 hari pada 1 Mac 2010 lalu, terdapat beberapa volume spike semasa hari-hari RAMUNIA menunjukkan gain yang memberangsangkan (Aug & Nov 2009 dan Jan 2010). Ini menandakan yang ada belian pada saham tersebut daripada pelabur yang berpoket besar. Sebaik sahaja RAMUNIA menghasilkan kerugian tertinggi dalam satu hari, ia terus naik pada keesokkan harinya dan kemudiannya berhenti sebentar untuk membina base.

Carta besarnya lihat di sini.

(1) RAMUNIA meningkat sebanyak 72% sebelum membina base.

(2) Volume turut meningkat seiring dengan (1).

(3) RAMUNIA membina CUP shaped base dengan aras terendah CUP adalah -23% daripada aras tertinggi sebelah kiri CUP.

(4) Volume semasa pembinaan base kebanyakkannya di bawah average 50-day line.

(5) Buy point/pivot point CUP base RAMUNIA adalah pada 0.315.

(6) Largest Single Day Drop (LSDD) dalam tempoh pembinaan base adalah -5.77%.

(7) RAMUNIA breakout daripada CUP shaped base.

(8) Volume breakout meningkat sebanyak 179% berbanding 50-day moving average volume line.

(9) Range terbesar dalam tempoh 5 hari sebeluum hari breakout di (7), iaitu 0.02.

(10) Hari breakout merupakan 1ST RUN-UP DAY. Rangenya adalah 0.03 > (9).

(11) 2ND RUN-UP DAY. Rangenya adalah 0.035 > (9).

(12) 3RD RUN-UP DAY. Rangenya adalah 0.05 > (9).

(13) ISLAND TOP berlaku dan low ISLAND TOP iaitu pada 0.395 menjadi support bagi RAMUNIA.

(14) Support pada (13) iaitu 0.395, dibolosi dan RAMUNIA perlu dijual untuk lock profit.

(15) Selepas (14), kenalpasti bahawa RAMUNIA mula membina base baru dengan kenaikkan sebelum base terbaru sebanyak 79%.

(16) Volume turut seiring dengan kenaikkan di (15).

(17) RAMUNIA membina satu lagi CUP shaped base dengan kedalaman -16% dari aras tertinggi sebelah kiri base hingga dasar CUP.

(18) Volume bar kebanyakkannya di bawah garisan 50-day MA vol.

(19) Buy point/pivot adalah pada 0.435.

(20) Largest Single Day Drop (LSDD) = -3.80%.

(21) RAMUNIA breakout daripada CUP shaped base, dan

(22) Volume breakout meningkat sebanyak 115% berbanding normal.

(23) RAMUNIA mengalami kejatuhan. Dan kejatuhan hari ini (-5.62%) melebihi LSDD (-3.80%). Saham dijual bagi mengelakkan loss yang lebih besar.

Potensi keuntungan yang diperolehi dan contoh berdasarkan belian berjumlah RM1000:
Selepas breakout daripada CUP base (7) hingga jualan di (14):
Belian 1 : 0.315 (RM1000)
Jualan 1 : 0.390 (RM1238.10)
% keuntungan : 23.81%

Selepas breakout daripada CUP base (21) hingga jualan di (23):
Belian 1 : 0.435(RM1238.10)
Jualan 1 : 0.42 (RM1195.39)
% kerugian : -3.45%

Keseluruhannya, RAMUNIA meningkat sebanyak 19.54% dalam tempoh 1 bulan.

Ramunia mungkin sedang membina base yang lain buat masa ini. Tetapi masih terlalu awal untuk mempastikannya selagi bahagian kanan base masih lagi tidak kelihatan. Jika RAMUNIA membina lagi satu CUP shaped base, buy point/pivot adalah pada 0.465.

—————————————————-

Saham di atas dianalisa menggunakan teknik yang terkandung dalam ebook SistemSaham.com. Analisa saham di atas dibuat tanpa menggunakan apa-apa technical analysis indicator. Hanya menggunakan price and volume action. Teknik/kaedah yang dinyatakan dalam ebook SistemSaham.com, pertama-tama sekali dapat mengurangkan kerugian anda dalam pasaran saham. Anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham. Keduanya, anda akan dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten daripada urusniaga jual beli saham anda. Anda boleh mencuba teknik SistemSaham.com selama 90 hari. Jika anda tidak berpuashati dengan kaedah/teknik yg terkandung dalam ebook itu, wang anda akan dikembalikan 100% tanpa banyak soal. Untuk mendapatkan ebook itu, sila klik di sini.