Analisa Saham – TIMECOM (Dec 2009 – May 2010)

Memandangkan pasaran sekarang telah menunjukkan signal downtrend (market in correction), ini bukan masanya untuk kita membeli apa-apa saham sekalipun. Perlu diingat bahawa, 3 daripada 4 saham akan mengikut arah indeks pasaran sammada turun atau naik. Buat masa ini, kebarangkalian untuk saham jatuh bersama-sama indeks pasaran adalah sangat tinggi. Jadi apa guna menentang arus. Dalam pelaburan saham ini, kita bukannya boleh dapat berurusniaga sepanjang masa. Ada masanya kita kena menjadi penonton dengan 100% cash/wang sambil menunggu peluang untuk masuk kembali ke dalam pasaran saham.

TIMECOM merupakan saham yang volatile kerana berharga kurang daripada RM0.50. Saham yang berharga kurang daripada RM0.50 terdedah kepada spekulasi yang berlebihan dan boleh turun naik dalam julat yang tinggi. Kebanyakkan pelabur yang berjual beli saham dibawah RM0.50 terdiri daripada pelabur-pelabur kecil yang selalunya mahukan keuntungan besar dalam tempoh yang singkat. Walaupun begitu, teknik ini masih boleh digunakan untuk saham-saham tersebut.

Carta besar TIMECOM boleh di lihat di sini.

(1) TIMECOM meningkat 19% sebelum mula membuat base. Walaupun uptrend sebelum basing kurang daripada minimum 20%, asalkan basenya memenuhi spesifikasi yang sepatutnya, saham itu masih boleh dibeli.

(2) Volume meningkat pada akhir tempoh uptrend di (1).

(3) TIMECOM menghasilkan CUP shaped base dengan kejatuhan hanya 16% daripada aras tertinggi CUP sebelah kiri hingga ke dasar CUP.

(4) Volume semasa dalam base majoritinya di bawah garisan 50-day moving average untuk volume.

(5) Aras tertinggi sebelah pada kiri CUP base dan dicampur 0.005 sen adalah harga breakout point/pivot untuk base ini.

(6) Ini bukan handle yang sah untuk CUP base kita. Ini disebabkan handle ini wujud di bawah paras tengah keseluruhan CUP base. Handle ini terlalu rendah untuk menjadi handle yang sah.

(7) Largest Single Day Drop (LSDD) untuk TIMECOM adalah -2.63%. Saham pelu dijual serta merta apabila selepas breakout, saham jatuh melebihi LSDD dalam satu hari.

(8) TIMECOM breakout melepasi (5).

(9) Breakout volume meningkat 560% berbanding aras normal 50-day moving average untuk volume.

(10) 3 hari selepas TIMECOM breakout (8), saham jatuh hampir kepada STOP-LOSS yang disetkan pada 0.409. STOP-LOSS adalah -75 di bawah harga belian pada 0.44. Oleh sebab itu amat penting untuk membeli tepat atau seboleh-bolehnya hampir pada breakout point/pivot supaya saham tidak jatuh dan melepasi STOP-LOSS.

(11) Range pada hari ini (0.025), merupakan range terbesar dalam tempoh 5 hari sebelum hari breakout di (8).

(12) 1st RUN-UP DAY. Range hari ini (0.035) > range di (11).

(13) 2nd RUN-UP DAY. Range hari ini (0.025) => range di (11).

(14) 3rd RUN-UP DAY. Range hari ini (0.065) > range di (11).

(15) Jual apabila saham jatuh (-4.04%) melebihi LSDD di (7).

Potensi keuntungan yang diperolehi dan contoh berdasarkan belian berjumlah RM1000:
Selepas breakout daripada CUP base (8) hingga jualan di (15):
Belian 1 : 0.44 (RM1000)
Jualan 1 : 0.475 (RM1079.50)
% keuntungan : 7.95%
dalam 7 hari.

Tapi yang pentingnya untuk analisa kali ini adalah kita dapat keluar daripada pegangan saham TIMECOM sebelum TIMECOM turun mendadak selepas gagal dalam base yang seterusnya, iaitu selepas (15). Paling rugi apabila kita tidak menghiraukan sell signal yang diberikan dan terpaksa menjual saham lewat (iaitu sekarang) apabila TIMECOM jatuh harga belian 0.44. Lebih baik untung sedikit berbanding tiada langsung atau berada dalam kerugian.

—————————————————-

Saham di atas dianalisa menggunakan teknik yang terkandung dalam ebook SistemSaham.com. Analisa saham di atas dibuat tanpa menggunakan apa-apa technical analysis indicator. Hanya menggunakan price and volume action. Teknik/kaedah yang dinyatakan dalam ebook SistemSaham.com, pertama-tama sekali dapat mengurangkan kerugian anda dalam pasaran saham. Anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham. Keduanya, anda akan dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten daripada urusniaga jual beli saham anda. Anda boleh mencuba teknik SistemSaham.com selama 90 hari. Jika anda tidak berpuashati dengan kaedah/teknik yg terkandung dalam ebook itu, wang anda akan dikembalikan 100% tanpa banyak soal. Untuk mendapatkan ebook itu, sila klik di sini.