Analisa Saham – SIME (MAC 2009 – FEB 2010)

Bila sahaja dengar nama saham SIME, terus sahaja ramai mengatakan yang saham ini terlalu tinggi dan mahal untuk dibeli. Harga mahal atau murah bukan merupakan kriteria penting dalam memilih saham. Yang penting sekali adalah potensi saham tersebut yang boleh kita kenalpasti berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. Secara amnya, apabila sesuatu saham telah meningkat naik dalam peratusan tertentu, saham itu akan membuat base atau akan menurun sedikit hingga ke aras support yang tertentu. Kemudian, saham itu akan naik semula (jika permintaan masih ada) dan daripada situ kita akan dapat kenalpasti samaada saham terbabit telah membuat base pattern tertentu yang boleh kita kenalpasti.

SIME

Klik di sini untuk carta saiz besar saham SIME.

(1) SIME telah meningkat naik sehingga 36% sebelum membuat base pertamanya.

(2) Volume secara keseluruhannya meningkat walaupun dalam 2 masa yang berlainan sepanjang kenaikkan di (1). Yang penting, kena ada peningkatan volume di mana-mana sahaja sepanjang kenaikkan tersebut.

(3) SIME membuat Flat Base (FB). Walaupun kelihatan sebagai CUP base, tetapi disebabkan kejatuhan keseluruhan base hanyalah 7%, base ini dikategorikan sebagai FB.

(4) Volume sepanjang tempoh pembikinan base, majoritinya di bawah aras 50-day moving average line.

(5) Buy point/breakout point/pivot SIME adalah pada 0.01 sen di atas aras tertinggi FB iaitu pada 7.21.

(6) Largest Single Day Drop (LSDD) = -2.84%. Saham dijual sebaik sahaja jatuh melebihi LSDD selepas breakout.

(7) SIME breakout daripada FB.

(8) Breakout volume meningkat sebanyak 84% berbanding aras 50-day moving average untuk volume.

(9) Dalam tempoh 5 hari sebelum hari breakout di (8), ini merupakan hari range terbesar iaitu 0.20 dalam tempoh tersebut.

(10) Hari breakout merupakan 1ST RUN-UP DAY dengan memiliki range 0.25 berbanding 0.20 di (9).

(11) Tetapi kemudian tiada lagi RUN-UP DAY yang lain selepas (10). Apabila dalam tempoh 5 hari atau lebih, saham tidak menghasilkan RUN-UP DAY, selepas RUN-UP DAY yang terakhir, maka kiraan RUN-UP DAY dimulakan semula. Hari ini merupakan hari range terbesar iaitu 0.15, dalam tempoh 5 hari sebelum 1ST RUN-UP DAY di (12).

(12) 1ST RUN-UP DAY. Range adalah 0.15 iaitu sama dengan range di (11).

(13) 2ND RUN-UP DAY. Range adalah 0.15 juga dan sama dengan range di (11).

(14) 3RD RUN-UP DAY. Range adalah 0.20 dan lebih besar daripada range di (11).

(15) ISLAND TOP berlaku apabila SIME membuat new high tetapi kemudian turun dan ditutup di bawah aras tengah daripada keseluruhan range hari ini. Support ditetapikan pada aras terendah ISLAND TOP iaitu pada 8.23.

(16) SIME dijual sebaik sahaja jatuh melepasi aras 8.23 di (15).

Potensi keuntungan yang diperolehi dan contoh berdasarkan belian berjumlah RM1000:
Selepas breakout daripada CUP base (7) hingga jualan di (16):
Belian 1 : 7.21 (RM1000)
Jualan 1 : 8.23 (RM1141.50)
% keuntungan : 14.15%
dalam 7 minggu.

—————————————————-

Saham di atas dianalisa menggunakan teknik yang terkandung dalam ebook SistemSaham.com. Analisa saham di atas dibuat tanpa menggunakan apa-apa technical analysis indicator. Hanya menggunakan price and volume action. Teknik/kaedah yang dinyatakan dalam ebook SistemSaham.com, pertama-tama sekali dapat mengurangkan kerugian anda dalam pasaran saham. Anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham. Keduanya, anda akan dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten daripada urusniaga jual beli saham anda. Anda boleh mencuba teknik SistemSaham.com selama 90 hari. Jika anda tidak berpuashati dengan kaedah/teknik yg terkandung dalam ebook itu, wang anda akan dikembalikan 100% tanpa banyak soal. Untuk mendapatkan ebook itu, sila klik di sini.