Analisa Saham – KENCANA (MAC – JULAI 2009)

Indeks pasaran KLCI telah menghasilkan Followthrough (FT) day pada 23 Mac 2009 dan ini merupakan petanda yang kebarangkalian pasaran akan mula mengorak naik adalah tinggi. Tetapi perlu diingat bahawa lebih kurang 70% daripada petanda FT day yang terhasil berjaya menghasilkan uptrend yang nyata. Jadi tiada perkara yang pasti dalam aspek pelaburan ini. Dalam masa yang sama, KENCANA turut bergerak seiringan dengan indeks pasaran. Harus juga diingat, 3 daripada 4 saham akan mengikut arah semasa pasaran. Buktinya seperti dalam kes saham KENCANA ini.

Kemudian, adalah normal bagi saham yang telah meningkat dengan mendadak untuk berhenti sebentar (pause) dan bergerak ke sisi (consolidate sideway) atau turun sedikit. Pastikan volume semasa pergerakan ini adalah rendah atau dry out (berkurangan) berbanding semasa kenaikkan sebelum ini. Pergerakkan sisi/ke bawah (consolidation) ini biasanya akan menghasilkan base-base yang kita sering lihat dalam carta saham seperti Cup with Handle, Flat base, Double Bottom, dll. Apabila base yang terbentuk itu “sihat” dari segi sifat-sifatnya, maka ia memberikan peluang kepada kita untuk membeli saham terbabit apabila saham terbabit menghasilkan breakout dengan peratusan peningkatan volume yang tertentu.

KENCANA

Klik di sini untuk carta yang lebih besar.

(1) KENCANA meningkat sebanyak 31% dari paras terendahnya dalam tempoh 2 tahun (sejak Mac 2007).

(2) Vol turut meningkat sebelum mula menurun sejajar dengan pembentukan base.

(3) KENCANA menghasilkan Flat base dengan kedalaman base sebanyak 11%.

(4) Vol di bawah garisan 50-day MA vol mestilah samaada sama atau lebih banyak bilangannya berbanding vol yang melepasi aras tersebut.

(5) Pivot point/breakout point adalah 0.05sen di atas aras tertinggi Flat base iaitu pada 0.755. STOP-LOSS adalah -7% iaitu pada 0.702.

(6) Largest Single Day Drop (LSDD) dalam Falt base KENCANA adalah -4.13%. Jual sebaik sahaja selepas breakout, saham jatuh dalam mana-mana hari melebihi LSDD.

(7) KENCANA menghasilkan breakout dan ditutup tinggi. Menunjukkan kekuatan permintaan bagi saham ini apabila dapat mengatasi rintangan pada 0.75.

(8) Breakout vol adalah sebanyak 169% menunjukkan ada permintaan yang tinggi bagi saham ini.

(9) Range terbesar (0.047) dalam tempoh 5 hari selepas breakout di (8).

(10) 1ST RUN-UP DAY (1RUD). Range 0.059 > range di (9).

(11) 2ND RUN-UP DAY (2RUD). Range 0.071 > range di (9).

(12) 3RD RUN-UP DAY (3RUD). Range 0.047 > range di (9).

(13) ISLAND TOP terbentuk selepas 3RUD. Low ISLAND TOP iaitu 0.933 jadi support bagi KENCANA.

(14) Jual KENCANA sebaik sahaja low pada (13) dibolosi pada hari ini.

(15) KENCANA belum habis lagi untrendnya. KENCANA telah naik sebanyak 45% daripada low di (3) hingga HIGH di ISLAND TOP (13).

(16) Walaupun vol berkurangan, tapi dalam kes KENCANA, volnya semua di atas aras average daily vol (garis 50-day MA vol). Menunjukkan permintaan yang melebihi normal bagi saham ini.

(17) KENCANA menghasilkan Flat base atau CUP base. Tidak kisah mana satu. Base drop adalah 11%.

(18) Vol semasa base kebanyakkannya di bawah aras average daily vol (garis 50-day MA vol)

(19) Aras tertinggi Flat base terkini KENCANA jadi pivot point/breakout point iaitu lebih kurang pada 0.975. STOP-LOSS (-7%) adalah pada 0.907.

(20) LSDD kedua (LSDD2) bagi KENCANA adalah -2.63%. Jual sebaik sahaja selepas breakout, saham jatuh dalam mana-mana hari melebihi LSDD2.

(21) KENCANA breakout pada hari ini.

(22) Breakout vol meningkat sebanyak 174% berbanding aras average daily vol.

(23) Range terbesar iaitu 0.036 dalam tempoh 5 hari sebelum breakout.

(24) 1ST RUN-UP DAY (1RUD). Range 0.065 > range di (23).

(25) 2ND RUN-UP DAY (1RUD). Range 0.041 > range di (23).

(26) 3RD RUN-UP DAY (1RUD). Range 0.041 > range di (23).

(27) ISLAND TOP terbentuk selepas 3RUD di (26). Low ISLAND TOP iaitu 1.057 jadi support bagi KENCANA.

(28) Jual KENCANA sebaik sahaja low pada (27) dibolosi pada hari ini.

(29) Selepas KENCANA menghasilkan sell signal di (28), KENCANA telah menghasilkan satu lagi base dan cuba untuk breakout di sini. Tetapi masalahnya, pada hari-hari sebelum ini dan pada hari breakout, KENCANA ditutup hampir pada aras terendah pada hari tersebut. Ini merupakan salah satu kelemahan yang ditunjukkan oleh saham ini. Selepas KENCANA breakout di sini, KENCANA mengalami stalling action iaitu peningkatan vol yang tinggi tetapi tiada peningkatan harga yang memberangsangkan.

(30) Breakout vol meningkat sebanyak 96%.

(31) KENCANA kemudiannya dijual apabila mencecah -7% di bawah harga belian pada (27).

Potensi keuntungan yang diperolehi dan contoh berdasarkan belian berjumlah RM1000:
Selepas breakout daripada CUP base (7) hingga jualan di (14):
Belian 1 : 0.755 (RM1000)
Jualan 1 : 0.933 (RM1235.80)
% keuntungan : 23.58%

Selepas breakout daripada CUP base (21) hingga jualan di (28):
Belian 1 : 0.975 (RM1235.80)
Jualan 1 : 1.057 (RM1339.73)
% keuntungan : 8.41%

Selepas breakout daripada CUP base (29) hingga jualan di (31):
Belian 1 : 1.104 (RM1339.73)
Jualan 1 : 1.027 (RM1245.95)
% keuntungan : -7%

Untungan keseluruhan adalah 24.60% dalam tempoh lebih kurang 2 bulan.

—————————————————-

Saham di atas dianalisa menggunakan teknik yang terkandung dalam ebook SistemSaham.com. Analisa saham di atas dibuat tanpa menggunakan apa-apa technical analysis indicator. Hanya menggunakan price and volume action. Teknik/kaedah yang dinyatakan dalam ebook SistemSaham.com, pertama-tama sekali dapat mengurangkan kerugian anda dalam pasaran saham. Anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham. Keduanya, anda akan dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten daripada urusniaga jual beli saham anda. Anda boleh mencuba teknik SistemSaham.com selama 90 hari. Jika anda tidak berpuashati dengan kaedah/teknik yg terkandung dalam ebook itu, wang anda akan dikembalikan 100% tanpa banyak soal. Untuk mendapatkan ebook itu, sila klik di sini.