Analisa Saham – NOTION (DEC 2009 – FEB 2010)

Sudah lama saya tidak post contoh analisa saham yang lepas-lepas. Banyak masa digunakan ber”experiment” dengan day trading. Buat masa ini day trading terpaksa di”KIV” dahulu. Banyak masalah. Jadi ada masa untuk buat analisa/contoh jual beli saham yang lepas-lepas berdasarkan teknik SistemSaham.com.

Saham yang dianalisa pada kali ini adalah saham NOTION. Dalam pelaburan saham ini, pada saya yang penting adalah tidak menentukan berapa lama untuk kita pegang mana-mana saham. Jika timbul sahaja SELL signal, terus sahaja jual walaupun saham baru sahaja dibeli semalam. Ini salah satu daripada risk management bagi mempastikan modal/kapital kita tidak terjejas teruk jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

NOTION

Klik di sini untuk carta yang lebih besar.

(1) NOTION meningkat sebanyak 21% sebelum membina basenya.

(2) Volume semasa prior uptrend turut meningkat.

(3) NOTION jatuh sehingga 8% dan membina Flat base.

(4) Volume harian semasa dalam base, majoritinya di bawah aras normal.

(5) Buy point/pivot bagi Flat base NOTION adalah 0.01 sen di atas aras tertinggi basenya iaitu pada 2.79.

(6) Largest Single Day Drop (LSDD) = -1.52%. Jual sebaik sahaja saham jatuh melebihi LSDD selepas breakout.

(7) NOTION menghasilkan breakout apabila mencapai dan melepasi aras 2.79.

(8) Volume semasa breakout adalah 53% melebihi aras normal 50-day Moving Average volume.

(9) Largest Range (LR) iaitu 0.10, dalam tempoh 5 hari sebelum hari breakout.

(10) 1ST RUN-UP DAY (1RUD). Range 0.10 = LR di (9).

(11) 2ND RUN-UP DAY (2RUD). Range 0.29 > LR di (9).

(12) 3RD RUN-UP DAY (3RUD. Range 0.26 > LR di (9).

(13) NOTION jatuh sebanyak -2.69% iaitu melebihi LSDD di (6). Jual serta merta pada hari yang sama atau keesokkan harinya.

Potensi keuntungan yang diperolehi dan contoh berdasarkan belian berjumlah RM1000:
Selepas breakout daripada CUP base (7) hingga jualan di (13):
Belian 1 : 2.79 (RM1000)
Jualan 1 : 3.25 (RM1164.87)
% keuntungan : 16.49% (dalam tempoh 6 hari).

—————————————————-

Saham di atas dianalisa menggunakan teknik yang terkandung dalam ebook SistemSaham.com. Analisa saham di atas dibuat tanpa menggunakan apa-apa technical analysis indicator. Hanya menggunakan price and volume action. Teknik/kaedah yang dinyatakan dalam ebook SistemSaham.com, pertama-tama sekali dapat mengurangkan kerugian anda dalam pasaran saham. Anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham. Keduanya, anda akan dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten daripada urusniaga jual beli saham anda. Anda boleh mencuba teknik SistemSaham.com selama 90 hari. Jika anda tidak berpuashati dengan kaedah/teknik yg terkandung dalam ebook itu, wang anda akan dikembalikan 100% tanpa banyak soal. Untuk mendapatkan ebook itu, sila klik di sini.