Analisa Saham – GAMUDA-WD (JUN 2010)

Kadang kala kita akan berjumpa saham yang tidak menepati 1 atau 2 syarat dalam trading rules kita. Di sinilah peranan pengalaman yang lepas-lepas dalam urusniaga saham memainkan peranan penting yang membolehkan sesetengah saham boleh dibeli tanpa menepati syarat-syarat tertentu. Kadang kala, “intuition” atau kata hati dapat menghasilkan rasa yakin yang sesetengah saham, walaupun tidak menepati syarat tertentu, masih boleh menghasilkan keuntungan.

Tapi bagi yang baru dalam bidang saham, biasanya “intuition” yang timbul boleh mendatangkan kerugian yang besar. “Intuition” yang betul hanya boleh terhasil berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu. Ini tidak bermakna pelabur yang ada skill tersebut hanya berjual beli saham berdasarkan gerak kata hati! Tidak sama sekali! Trading rules masih merupakan elemen terpenting bagi mereka. Tanpa trading rules, yang expert pun akan bungkus… for sure!

Analisa saham kali ini adalah pada warrant terbaru GAMUDA (GAMUDA-WD). Contoh kali ini akan menunjukkan yang flexibility/kelonggaran dibolehkan dalam kes-kes tertentu. Ini tidak bermakna jika kita divert daripada trading plan asal, plan yang seterusnya turut kita scrap! Tidak sama sekali! Jangan masuk berperang dan tiba-tiba dalam tengah berperang senjata (trading rules) kita buang ketepi! For sure terbunuh!

GAMUDA-WD

Klik di sini untuk carta yang lebih besar.

(1) GAMUDA-WD mula naik pada hari kedua ia diniagakan dalam pasaran terbuka. Ia naik sebanyak 21% daripada aras terendah pada 0.635.

(2) Volume turut naik dalam tempoh yang sama dengan (1).

(3) GAMUDA-WD membina Flat base dengan base drop sebanyak -5.8%.

(4) Volume dry up (mengurangan) dalam tempoh pembinaan Flat base. Ini adalah salah satu daripada flexibility di dalam trading rules yang memerlukan majoriti volume untuk berada di bawah aras 50-day moving average volume line. Saham baru sahaja diurusniaga kurang daripada 2 minggu. Jadi tiada lagi bacaan tepat untuk 50-day MA vol line. Dalam kes ini, volume dry up (mengurang) bermula daripada left side of Flat base adalah mencukupi.

(5) Largest Single Day Drop (LSDD) = -1.34%.

(6) GAMUDA-WD menghasilkan breakout.

(7) Breakout volume adalah 97% di atas aras volume hari sebelum ini. Satu lagi flexibility dalam trading rules. Disebabkan bacaan 50-day MA line masih tidak tepat, mencukupi untuk breakout volume mengatasi volume hari sebelum itu sebanyak lebih 40%.

(8) Range terbesar (Largest Range – LR) dalam tempoh 5 hari sebelum (9).

(9) 1ST RUN-UP DAY (1RUD). Range 0.055 > LR di (8).

(10) 2ND RUN-UP DAY (1RUD). Range 0.075 > LR di (8).

(11) 3RD RUN-UP DAY (1RUD). Range 0.145 > LR di (8).

(12) Loss hari ini (-4.59%) melebihi LSDD. Jual serta merta, samaada sebaik sahaja sebelum urusniaga di tutup atau pada keesokan harinya.

Jika diperhati, saham masih boleh naik lagi sehingga maksimum 1.28. Tapi dalam urusniaga saham ini, untuk jual sham tepat pada kemuncaknya adalah sesuatu yang hampir mustahil. Cuba tanya diri anda, jika anda masih memegang saham pada kemuncaknya pada 24 Jun 2010, adakah anda yakin yang itulah kemuncaknya? Dalam banyak hal, anda akan masih cuba pegang lagi GAMUDA-WD. Rasa tamak akan mula timbul. Asasnya, bila timbul sahaja SELL SIGNAL, terus jual! Jangan cuba rationalize.

Potensi keuntungan yang diperolehi dan contoh berdasarkan belian berjumlah RM1000:
Selepas breakout daripada CUP base (6) hingga jualan di (12):
Belian 1 : 0.775 (RM1000)
Jualan 1 : 1.04 (RM1341.94)
% keuntungan : 34.19% (dalam tempoh 5 hari).

—————————————————-

Saham di atas dianalisa menggunakan teknik yang terkandung dalam ebook SistemSaham.com. Analisa saham di atas dibuat tanpa menggunakan apa-apa technical analysis indicator. Hanya menggunakan price and volume action. Teknik/kaedah yang dinyatakan dalam ebook SistemSaham.com, pertama-tama sekali dapat mengurangkan kerugian anda dalam pasaran saham. Anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham. Keduanya, anda akan dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten daripada urusniaga jual beli saham anda. Anda boleh mencuba teknik SistemSaham.com selama 90 hari. Jika anda tidak berpuashati dengan kaedah/teknik yg terkandung dalam ebook itu, wang anda akan dikembalikan 100% tanpa banyak soal. Untuk mendapatkan ebook itu, sila klik di sini.