Analisa Saham – SCOMIMR (MAR – JUN 2009)

Apabila kita berjual beli saham, satu perkara yang pasti adalah ada ketikanya kita boleh berjualbeli saham dan ada ketika kita hanya menjadi penonton pada pergerakan pasaran. Orang yang sentiasa berjualbeli saham, samaada dia seorang profesional (long semasa pasaran naik atau short semasa pasaran jatuh) atau just a plain greedy fellow! Tamak sebab sentiasa menjangkakan yang pasaran saham tempat untuk dapat untung mudah, setiap masa!

Analisa saham kali ini adalah saham SCOMIMR. SCOMIMR naik sebaik sahaja pasaran telah confirm uptrend dengan menghasilkan followthrough day pada 23 Mac 2009. Jadi point penting kali ini adalah, belian saham hanya boleh dilaksanakan sebaik sahaja pasaran telah COMFIRM uptrend. Memang kita tidak tahu secara hitam putih samaada sesuatu saham boleh naik atau turun. Tapi dengan cara ini, kita dapat mempastikan bahawa kebarangkalian untuk saham itu naik adalah tinggi berbanding turun.

SCOMIMR

Klik di sini untuk carta yang lebih besar.

(1) SCOMIMR telah naik sebanyak 53% dan kemudian mula membina base.

(2) Volume turut naik semasa (1).

(3) SCOMIMR membina samaada Flat base atau CUP base. Kejatuhan keseluruhan base ini adalah sebanyak -14%.

(4) Volume semasa basing, sangat rendah berbanding uptrend sebelum base.

(5) Buy point bagi base ini adalah pada 0.425.

(6) Largest Single Day Drop (LSDD) = -9.76%.

(7) SCOMIMR breakout pada 6 May 2009.

(8) Volume semasa breakout meningkat sebanyak 477% berbanding aras normal volume (50-day MA vol).

(9) Largest range (LR) adalah 0.04 dalam tempoh 5 hari sebelum hari breakout di (7).

(10) 1ST RUN-UP DAY. Range hari ini adalah 0.04 = LR di (9)

(11) 2ND RUN-UP DAY. Range hari ini adalah 0.065 = LR di (9)

(12) 3RD RUN-UP DAY. Range hari ini adalah 0.09 = LR di (9)

(13) ISLAND TOP apabila membuat new high dan kemudiannya ditutup di bawah separuh range keseluruhan hari tersebut. Support pada 0.60. Jual apabila saham jatuh di bawah 0.60.

(14) Saham dijual apabila jajtuh di bawah support di (13) iaitu di bawah 0.60.

Potensi keuntungan yang diperolehi dan contoh berdasarkan belian berjumlah RM1000:
Selepas breakout daripada CUP base (7) hingga jualan di (14):
Belian 1 : 0.425 (RM1000)
Jualan 1 : 0.60 (RM1411.80)
% keuntungan : 41.18% (dalam tempoh 8 hari).

—————————————————-

Saham di atas dianalisa menggunakan teknik yang terkandung dalam ebook SistemSaham.com. Analisa saham di atas dibuat tanpa menggunakan apa-apa technical analysis indicator. Hanya menggunakan price and volume action. Teknik/kaedah yang dinyatakan dalam ebook SistemSaham.com, pertama-tama sekali dapat mengurangkan kerugian anda dalam pasaran saham. Anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham. Keduanya, anda akan dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten daripada urusniaga jual beli saham anda. Anda boleh mencuba teknik SistemSaham.com selama 90 hari. Jika anda tidak berpuashati dengan kaedah/teknik yg terkandung dalam ebook itu, wang anda akan dikembalikan 100% tanpa banyak soal. Untuk mendapatkan ebook itu, sila klik di sini.