Analisa Saham – UEMLAND (DEC 2008 – JULY 2009)

Manusia mudah bosan. Bosan dengan rutin yang sama. Terutamanya rutin itu rutin yg mudah, yang boleh dijalankan dengan sebelah mata. Dalam banyak hal, memang bertukar rutin itu biasa, macam bertukar-tukar kerja. Suatu yang biasa dan secara tidak langsung gaji naik bila lompat-lompat kerja ni.

Tapi dalam pelaburan, rutin yang mudah, terbukti berkesan mengurangkan kerugian dan menambah keuntungan berbanding rutin atau proses rumit yang melibatkan berbagai-bagai jenis indikator. Memang manusia mudah bosan dengan rutin yang sama dan suka yang rumit supaya orang akan kata yang dia tu “expert” dalam sesuatu bidang, tapi dalam pelaburan ni lain. Tapi tanpa displin ketat, ada rutin mudah pun tak dapat jamin dapat untung dalam sesuatu saham.

Analisa kali ini adalah saham UEMLAND. IPO UEMLAND pada Nov 2008, pada masa krisis kewangan dunia sedang memuncak. Timing IPO UEMLAND mungkin samaada secara kebetulan atau memang dalam pengetahuan pihak tertentu, sebab tak lama lepas IPO, UEMLAND naik lebih 100%.

SCOMIMR

Klik di sini untuk carta yang lebih besar.

Part 1

(1) UEMLAND naik 76% sebelum mula membina base.

(2) Volume turut naik.

(3) UEMLAND membina CUP shaped base.

(4) Majoriti volume di bawah aras normal (50-day MA Volume).

(5) Buy point/pivot adalah 0.745 iaitu 0.005 di atas aras tertinggi sebelah kiri CUP base.

(6) Largest Single Day Drop (LSDD) = -6.80%. Jual sebaik sahaja apabila selepas breakout, saham jatuh melebihi LSDD.

(7) UEMLAND menghasilkan breakout daripada basenya.

(8) Volume meningkat 240% berbanding aras 50-day MA Volume.

(9) Hari di mana UEMLAND menghasilkan range terbesar berbanding 5 hari sebelum breakout. Largest Range (LR) = 0.049.

(10) 1st RUN-UP DAY (1RUD). Range hari ini (0.07) > range di (9).

(11) 2nd RUN-UP DAY (2RUD). Range hari ini (0.07) > range di (9).

(12) 3rd RUN-UP DAY (3RUD). Range hari ini (0.049) = range di (9).

(13) ISLAND TOP (IT) terbentuk selepas 3RUD. Low hari ini, pada 1.11, menjadi support atau trigger signal untuk jual apabila saham jatuh melepasi support ini.

(14) UEMLAND dijual serta merta hari ini apabila support di (11) dibolosi. Jual walaupun UEMLAND ditutup tinggi.

Part 2

(15) UEMLAND naik sebanyak 136% bermula daripada aras terendah base di (3).

(16) Vol meningkat sepanjang kenaikkan di (16).

(17) UEMLAND membina satu lagi CUP shaped base dengan kedalaman -25%.

(18) Hampir semua volume dibawah aras 50-day MA Volume.

(19) Buy price/pivot adalah RM0.01 di atas aras tertinggi sebelah kiri CUP.

(20) LSDD terbaru iaitu LSDD2 = -5.31%. Jual sebaik sahaja selepas breakout saham jatuh melebihi LSDD2.

(21) UEMLAND mengalami breakout.

(22) Volume meningkat sebanyak 78% berbanding aras 50-day MAVol.

(23) Largest Range (LR) dalam tempoh 5 hari sebelum breakout di (21). LR = 0.107.

(24) 1RUD. Range 0.206 > range di (23).

(25) 2RUD. Range 0.181 > range di (23).

(26) Jual apabila UEMLAND jatuh melebihi LSDD2.

Potensi keuntungan yang diperolehi dan contoh berdasarkan belian berjumlah RM1000:
Selepas breakout daripada CUP base (7) hingga jualan di (14):
Belian 1 : 0.745 (RM1000)
Jualan 1 : 1.11 (RM1490)
% keuntungan : 49%

Selepas breakout daripada CUP base (7) hingga jualan di ():
Belian 2 : 1.24 (RM1490)
Jualan 2 : 1.52 (RM1826.44)
% keuntungan 2 : 22.58%

Keuntungan keseluruhan daripada (7) hingga (26): 82.64% dalam tempoh 10 minggu!

—————————————————-

Saham di atas dianalisa menggunakan teknik yang terkandung dalam ebook SistemSaham.com. Analisa saham di atas dibuat tanpa menggunakan apa-apa technical analysis indicator. Hanya menggunakan price and volume action. Teknik/kaedah yang dinyatakan dalam ebook SistemSaham.com, pertama-tama sekali dapat mengurangkan kerugian anda dalam pasaran saham. Anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham. Keduanya, anda akan dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten daripada urusniaga jual beli saham anda. Anda boleh mencuba teknik SistemSaham.com selama 90 hari. Jika anda tidak berpuashati dengan kaedah/teknik yg terkandung dalam ebook itu, wang anda akan dikembalikan 100% tanpa banyak soal. Untuk mendapatkan ebook itu, sila klik di sini.