Analisa Saham – AIRASIA (FEB – JUNE 2007)

Analisa saham dari segi teknikal atau fundamental adalah merupakan teknik “outside investor” atau pelabur luaran, iaitu pelabur yang hanya berdasarkan data-data yang hanya ada dalam public domain. Beza pula dengan maklumat yang digunakan atau yang ada pada “inside investor”, adalah maklumat yang paling komprehensive dan tepat kerana mereka merupakan samaada pengendali atau pemegang saham tebesar sesuatu perniagaan/syarikat. Tak ramai yang dapat tergolong dalam golongan “inside investors”. Satu cara paling mudah untuk menjadi “inside investor” adalah dengan membina business sendiri yang kemudian bila perniagaan tersebut sudah matang, tawarkan saham syarikat (IPO) kepada pelabur-pelabur awam. Kalau mengikut buku Robert Kyosaki, Guide to Investing, itu merupakan tahap “ultimate investor”!

Analisa saham kali ini adalah saham AIRASIA.

SCOMIMR

Klik di sini untuk carta yang lebih besar.

(1) AIRASIA naik 27% sebelum membentuk base.

(2) Volume turut naik.

(3) Base drop hanya sebanyak -7.6% dan layak dipanggil Flat base.

(4) Volume harian kebanyakkannya di bawah aras normal (50-day moving average volume).

(5) Buy point/pivot adalah 0.01 sen di atas aras tertinggi Flat base iaitu pada 1.85.

(6) Largest single day drop (LSDD) sebanyak -2.25%.

(7) AIRASIA breakout dan menghasilkan gain yg besar dalam satu hari!

(8) Breakout volume naik sebanyak 107% berbanding aras normal.

(9) Largest range (LR) dalm tempoh 5 hari sebelum breakout day di (7) adalah sebanyak 0.05.

(10) 1RUD (1st RUN-UP DAY). Range hari ini 0.19 > range di (9).

(11) 2RUD (2nd RUN-UP DAY). Range hari ini 0.08 > range di (9).

(12) 3RUD (3rd RUN-UP DAY). Range hari ini 0.10 > range di (9). Jadi, hanya tinggal menunggu ISLAND TOP berlaku.

(13) Tapi ISLAND TOP tidak berlaku, tetapi wujud sell signal lain iaitu loss pada hari ini (-2.37%) melebihi LSDD loss di (6). Jual walaupun ISLAND TOP tidak berlaku lagi.

Potensi keuntungan yang diperolehi dan contoh berdasarkan belian berjumlah RM1000:
Selepas breakout daripada CUP base (7) hingga jualan di (13):
Belian : 1.85 (RM1000)
Jualan : 2.06 (RM1113.51)
% keuntungan : 11.35%

Keuntungan yang diperolehi (7) hingga (13): 11.35% dalam tempoh kurang 2 minggu sahaja.

—————————————————-

Saham di atas dianalisa menggunakan teknik yang terkandung dalam ebook SistemSaham.com. Analisa saham di atas dibuat tanpa menggunakan apa-apa technical analysis indicator. Hanya menggunakan price and volume action. Teknik/kaedah yang dinyatakan dalam ebook SistemSaham.com, pertama-tama sekali dapat mengurangkan kerugian anda dalam pasaran saham. Anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham. Keduanya, anda akan dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten daripada urusniaga jual beli saham anda. Anda boleh mencuba teknik SistemSaham.com selama 90 hari. Jika anda tidak berpuashati dengan kaedah/teknik yg terkandung dalam ebook itu, wang anda akan dikembalikan 100% tanpa banyak soal. Untuk mendapatkan ebook itu, sila klik di sini.