Analisa Saham – AIM (AUG – OCT 2010)

Lama sungguh saya tak buat posting pasal analisa saham. Macam-macam perkara mengganggu konsentrasi baru-baru ini. Tapi, at least, ada juga saya update blog ini dengan artikel-artikel yang saya kira menarik untuk dibaca dan difahami.

Ok, kali ini, saya akan hanya buat brief explanation with simple chart, saham-saham yang telah “beraksi” baru-baru ini. Saya rasa, lagi baik buat analisa berdasarkan period terdekat (at least 3 bulan terkebbelakang) berbanding menggunakan historical data yang 2 atau 3 tahun lalu. Kesemua saham-saham yang akan saya postkan mulai hari ini merupakan saham-saham yang berada dalam rekod saya bermula pada bulan September dan tidak semestinya tiap-tiap saham itu merupakan saham yang telah saya berurusniaga (ada laa satu-satu saham tu yg saya pegang dan dah jual… hehehehe… tak leh bagitau kat sini 😉 ).

Saham kali ini adalah AIM (ADVANCE INFORMATION MARKETING BERHAD (ACE Market) ). Saham murah. Walaupun saya selalu rekomendkan saham yang berharga 40sen ke atas, tapi kali ini saya cuma nak pastikan sammaada teknik yang saya guna boleh juga applicable pada penny stock. Cuma yang tak bestnya saham AIM ni, belum apa-apa, terus kena STOP-LOSS. Tak trigger pun sell signal saya yang biasa tu. Pengajarannya, apa-apa teknik sekali pun, STOP-LOSS PERLU ADA DAN DISETKAN DALAM MINDA SEBAIK SAHAJA MANA-MANA SAHAM ITU DIBELI!!! Akibat kalau tak patuh dengan STOP-LOSS, anda boleh lihat dalam analisa di bawah:

AIM

Klik di sini untuk carta yang lebih besar.

(1) AIM naik 62% (prior uptrend).

(2) Vol pun turut naik.

(3) Base yang AIM bina boleh dikenali dengan samaada CUP/FLAT base. Mana-mana boleh.

(4) Vol dry-up.

(5) Aras tertinggi base AIM adalah pada 0.146. Jadi buy point = 0.005 + 0.146 = 0.15 (lebih kurang).

(6) Jangan lupa LSDD (Largest Single Day Drop). LSDD = -5.48%.

(7) AIM naik hingga 0.15 (buy point) tapi closed at session low and below buy point (YELLOW FLAG!!!).

(8) Breakout vol naik 200% berbanding aras 50-day MA line. Abnormal sign sebab sepatutnya mana-mana saham yang touch buy point dengan decent breakout vol, sepatutnya boleh naik lebih tinggi? Tapi tidak dalam kes AIM. Behavior AIM pada (7) menunjukkan ada kelemahan tapi kadang-kala saham boleh reverse the next day dan menunjukkan kekuatan.

(9) Tapi tidak AIM! STOP-LOSS is triggered at 0.14! SOLD!

Kerugian yang dialami berdasarkan belian berjumlah RM1000:
Selepas breakout daripada FLAT base (7) hingga jualan di (9):
Belian : 0.15 (RM1000)
Jualan : 0.14 (RM933.33)
% kerugian : -6.667%

Yang pentingnya, apabila saham triggered STOP-LOSS, just SELL! NO QUESTION ASKED WHY STOCK DROP TAHT MUCH! SEBAB KITA TAK TAHU APA YANG BERLAKU DI BALIK TABIR! DAN BUKAN KERJA KITA UNTUK TAHU. JUST REACT TO WHAT THE MARKET IS TELLING US SO THAT YOUR CAPITAL IS AT LEAST INTACT TO TRADE ANOTHER DAY!

Seperti yang anda lihat pada image di atas, AIM masih belum berhenti jatuh!!! DASARNYA TAK SAMPAI LAGI!!!

—————————————————-

Saham di atas dianalisa menggunakan teknik yang terkandung dalam ebook SistemSaham.com. Analisa saham di atas dibuat tanpa menggunakan apa-apa technical analysis indicator. Hanya menggunakan price and volume action. Teknik/kaedah yang dinyatakan dalam ebook SistemSaham.com, pertama-tama sekali dapat mengurangkan kerugian anda dalam pasaran saham. Anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham. Keduanya, anda akan dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten daripada urusniaga jual beli saham anda. Anda boleh mencuba teknik SistemSaham.com selama 90 hari. Jika anda tidak berpuashati dengan kaedah/teknik yg terkandung dalam ebook itu, wang anda akan dikembalikan 100% tanpa banyak soal. Untuk mendapatkan ebook itu, sila klik di sini.