Analisa Saham – DXN (SEPT – OCT 2010)

Pertama-tama sekali dalam memilih saham berpotensi adalah dengan pastikan saham telah menghasilkan uptrend (dalam trend menaik) sebelum membuat base. Dalam tempoh yang sama, volume turut meningkat. Kalau tak ada peningkatan volume, uptrend sebelum tu tak bermakna. Kemudian bila saham membuat base, volume berkurangan dengan drastik sekali sepanjang tempoh base.

Logiknya, bila ada permintaan yang banyak pada sesuatu saham, harga dan volume meningkat. Sampai satu masa, majoriti pelabur akan stop sekejap untuk tengok keadaan samaada patut teruskan belian atau tidak dan dalam masa yang sama akan support harga saham itu daripada jatuh banyak. Itu sebab itu, vol semasa saham dalam base kelihatan macam menurun dan di bawah aras normal (50-day MAVOL line). Bila sampai masa yang sesuai, pelabur-pelabur tersebut akan beli semula dan ini jelas dilihat apabila saham mengalami breakout melepasi aras tertinggi sebelum ini. Pada masa yang sama, volume semasa hari breakout melonjak naik. Petanda untuk kita mula beli.

AIM

Klik di sini untuk carta yang lebih besar.

(1) Saham meningkat 27% sebelum membuat base.

(2) Vol turut meningkat.

(3) CUP shaped base terbentuk dengan kedalaman sebanyak -15%.

(4) Majoriti vol semasa dalam base di bawah aras normal.

(5) Largest Single Day Drop = -3.91%. Bila saham breakout, dan dalam mana-mana hari selepas itu, saham jatuh melebihi LSDD value, jual terus!

(6) Buy point/pivot = 0.98.

(7) DXN breakout.

(8) Breakout vol naik 229%! Permintaan tinggi!

(9) Largest Range (LR) dalam tempoh 5 hari sebelum hari breakout, iaitu 0.05.

(10) 1RUD (1st RUN-UP DAY). Range hari ini 0.05 >= range di (9).

(11) 2RUD (2nd RUN-UP DAY). Range hari ini 0.08 > range di (9).

(12) 3RUD (3rd RUN-UP DAY). Range hari ini 0.10 > range di (9).

(13) Selepas 3RUD di (12), ISLAND TOP terbentuk.

(14) Jual apabila dalam tempoh 4 hari selepas ISLAND TOP terbentuk di (13), DXN ditutup di bawah closing hari di (13).

Potensi keuntungan yang diperolehi dan contoh berdasarkan belian berjumlah RM1000:
Selepas breakout daripada CUP base (8) hingga jualan di (14):
Belian : 0.98 (RM1000)
Jualan : 1.24 (RM1265.30)
% keuntungan : 26.53%

Keuntungan yang diperolehi (8) hingga (14): 26.53% dalam tempoh 22 hari sahaja.

—————————————————-

Saham di atas dianalisa menggunakan teknik yang terkandung dalam ebook SistemSaham.com. Analisa saham di atas dibuat tanpa menggunakan apa-apa technical analysis indicator. Hanya menggunakan price and volume action. Teknik/kaedah yang dinyatakan dalam ebook SistemSaham.com, pertama-tama sekali dapat mengurangkan kerugian anda dalam pasaran saham. Anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham. Keduanya, anda akan dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten daripada urusniaga jual beli saham anda. Anda boleh mencuba teknik SistemSaham.com selama 90 hari. Jika anda tidak berpuashati dengan kaedah/teknik yg terkandung dalam ebook itu, wang anda akan dikembalikan 100% tanpa banyak soal. Untuk mendapatkan ebook itu, sila klik di sini.