Analisa Saham – KFC (AUG -SEPT 2010)

Saham kali ini adalah KFC. Siapa tak kenal KFC? “Pakar” ayam goreng (padahal goreng ayam dengan tepung Kentucky pun dah sedap! Murah lak tu). Walaupun carta menunjukkan peningkatan hingga lebih RM4.60, tapi saya cuma nak buat analisis bagi base yang terbentuk pada bulan Ogos sahaja. Yang selebihnya, pada lain posting.

Ada sedikit kelainan pada SELL RULES kali ini berbanding SELL RULES dalam analisis-analisis saham sebelum ini. Final version bagi SELL RULES akan ditentukan tidak lama lagi. Masih dalam observation dan testing.

AIM

Klik di sini untuk carta yang lebih besar.

(1) Saham meningkat 15% sebelum membuat base. Sebelum ini saya asyik tekankan at least 20% prior uptrend sebelum saham mula membuat base. Tapi paling selamat, lebih baik pegang pada requirement 20% prior uptrend.

(2) Vol meningkat sejajar dengan (1).

(3) KFC membuat CUP shaped base. Walaupun base drop adalah sebanyak 9.7%, bergantung kepada individu, boleh juga dikenali sebagai FLAT base.

(4) Largest Single Day Drop (LSDD) = -1.31%.

(5) Buy point/pivot adalah 2.89.

(6) KFC buat breakout.

(7) Breakout vol naik sehingga 248% berbanding average daily vol (50-day MAVOL line).

(8) Largest Range (LR) = 0.18.

(9) 1RUD (1st RUN-UP DAY). Range hari ini 0.28 > range di (8).

(10) 2RUD (2nd RUN-UP DAY). Range hari ini 0.22 > range di (8).

(11) Ini bukan ISLAND TOP sebab 3rd RUN-UP DAY tidak berlaku. Tapi loss hari ini (-2.08%) exceed LSDD (4). Closing hari ini menjadi SUPPORT. Dalam tempoh 4 hari selepas hari ini, apabila saham ditutup di bawah closing hari ini, jual terus!

(12) Jual sebaik sahaja KFC ditutup di bawah closing pada (11).

Potensi keuntungan yang diperolehi dan contoh berdasarkan belian berjumlah RM1000:
Selepas breakout daripada CUP base (7) hingga jualan di (12):
Belian : 2.89 (RM1000)
Jualan : 3.17 (RM1096.90)
% keuntungan : 9.69%

Keuntungan yang diperolehi (7) hingga (12): 9.69% dalam tempoh 4 hari sahaja.

—————————————————-

Saham di atas dianalisa menggunakan teknik yang terkandung dalam ebook SistemSaham.com. Analisa saham di atas dibuat tanpa menggunakan apa-apa technical analysis indicator. Hanya menggunakan price and volume action. Teknik/kaedah yang dinyatakan dalam ebook SistemSaham.com, pertama-tama sekali dapat mengurangkan kerugian anda dalam pasaran saham. Anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham. Keduanya, anda akan dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten daripada urusniaga jual beli saham anda. Anda boleh mencuba teknik SistemSaham.com selama 90 hari. Jika anda tidak berpuashati dengan kaedah/teknik yg terkandung dalam ebook itu, wang anda akan dikembalikan 100% tanpa banyak soal. Untuk mendapatkan ebook itu, sila klik di sini.