Analisa Saham – UEMLAND (SEPT – OCT 2010)

Sebenarnya banyak jenis base boleh terbentuk dalam mana-mana saham. Cuma perlu diingat bahawa base tidak boleh diaplikasikan pada indeks! Sama sekali tidak boleh! BASE TERJADI HANYA PADA SAHAM! Dalam buku Encyclopedia of Chart Patterns oleh Thomas Bolkowski, bermacam-macam jenis pattern base boleh dikenalpasti. Tapi bagi setiap individu, hanya tumpukan kepada beberapa base pattern pun sudah memadai. 2 atau 3 base pun sudah cukup. Jangan banyak-banyak. Nanti boleh keliru. Lebih baik, expertkan pada satu-satu base dulu. Kemudian bila sudah connfident, baru study base lain.

Analisa saham kali ini adalah untuk saham UEMLAND.

AIM

Klik di sini untuk carta yang lebih besar.

(1) UEMLAND naik 31% sebelum membuat base.

(2) Vol turut naik.

(3) UEMLAND menghasilkan asymmetrical triangle base (Boleh refer pada buku Encyclopedia of Chart Patterns oleh Thomas Bolkowski atau website http://thepatternsite.com/)

(4) Walaupun vol bar tiada yang di bawah average daily vol, tetapi jumlah hari ditutup tinggi dengan vol above average mengatasi jumlah hari ditutup tinggi dengan vol above average.

(5) Largest Single Day Drop (LSDD) = -3.02%.

(6) Buy point/pivot = 2.06.

(7) UEMLAND breakout!

(8) Breakout vol naik 136%.

(9) Largest Range (LR) = 0.07, dalam tempoh 5 hari sebelum hari breakout di (7).

(10) 1RUD (1st RUN-UP DAY). Range hari ini 0.16 >= range di (9).

(11) 2RUD (2nd RUN-UP DAY). Range hari ini 0.19 > range di (9).

(12) 3RUD (3rd RUN-UP DAY). Range hari ini 0.13 > range di (9).

(13) ISLAND TOP

(14) Jual apabila hari selepas ISLAND TOP (13) saham ditutup dibawah closing ISLAND TOP.

Potensi keuntungan yang diperolehi dan contoh berdasarkan belian berjumlah RM1000:
Selepas breakout daripada CUP base (7) hingga jualan di (14):
Belian : 2.06 (RM1000)
Jualan : 2.40 (RM1165)
% keuntungan : 16.50%

Keuntungan yang diperolehi (7) hingga (14): 16.50% dalam tempoh 13 hari sahaja (termasuk hari cuti).

—————————————————-

Saham di atas dianalisa menggunakan teknik yang terkandung dalam ebook SistemSaham.com. Analisa saham di atas dibuat tanpa menggunakan apa-apa technical analysis indicator. Hanya menggunakan price and volume action. Teknik/kaedah yang dinyatakan dalam ebook SistemSaham.com, pertama-tama sekali dapat mengurangkan kerugian anda dalam pasaran saham. Anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham. Keduanya, anda akan dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten daripada urusniaga jual beli saham anda. Anda boleh mencuba teknik SistemSaham.com selama 90 hari. Jika anda tidak berpuashati dengan kaedah/teknik yg terkandung dalam ebook itu, wang anda akan dikembalikan 100% tanpa banyak soal. Untuk mendapatkan ebook itu, sila klik di sini.