Analisa Saham – INCKEN (AUG – OCT 2010)

Dalam saham ini, adalah normal untuk mengharapkan saham yang kita beli terus naik dan dapat dijual dengan harga tertinggi. Harapan itu satu yang lumrah dalam diri manusia. Tapi apa yang lumrah (mengharap), sangat merbahaya untuk diaplikasikan pada pasaran saham. Kalau kita tengok dalam surat khabar, forum-forum dll, banyak kita boleh jumpa target harga (target price – TP) sesuatu saham. Pada saya, bila kita set target sesuatu saham, minda kita sudah set yang kita akan jual saham sebaik sahaja saham sampai harga tertentu. Masalahnya, dari mula lagi kita sudah block minda kita dengan set harga target saham. Padahal, tidak ada sesiapa pun tahu berapa tinggi saham boleh naik dan berapa jauh saham boleh turun. Ada 2 masalah bila set target saham :

1. Kita sudah limitkan potensi saham terbabit. Sepatutnya saham boleh pergi jauh, tapi kita jual sebaik sahaja saham capai harga tertentu. Jadi kita sudah limitkan potensi keuntungan yang boleh kita dapat.
2. Kalau saham turun/bergerak mendatar, kita akan “stuck” dengan saham terbabit. Wang dan masa yang sepatutnya kita gunakan untuk saham lain yang lebih berpotensi, terlepas begitu sahaja.

Analisa saham kali ini adalah saham INCKEN.

AIM

Klik di sini untuk carta yang lebih besar.

(1) INCKEN naik melebihi 20%.

(2) Vol turut naik.

(3) Membina CUP-shaped base.

(4) Vol dry-up.

(5) Largest Single Day Drop (LSDD) = -4.72%.

(6) Buy point/pivot = 0.66.

(7) INCKEN breakout!

(8) Breakout vol naik sebanyak 456% berbanding normal.

(9) Largest Range (LR) = 0.015, dlm tempoh 5 hari sebelum breakout di (7).

(10) 1RUD (1st RUN-UP DAY). Range hari ini 0.09 >= range di (9).

(11) 2RUD (2nd RUN-UP DAY). Range hari ini 0.03 > range di (9).

(12) 3RUD (3rd RUN-UP DAY). Range hari ini 0.05 > range di (9).

(13) ISLAND TOP

(14) Jual apabila hari selepas ISLAND TOP (13) saham ditutup dibawah closing ISLAND TOP.

Potensi keuntungan yang diperolehi dan contoh berdasarkan belian berjumlah RM1000:
Selepas breakout daripada CUP base (7) hingga jualan di (14):
Belian : 0.66 (RM1000)
Jualan : 0.795 (RM1204.50)
% keuntungan : 20.45%

Keuntungan yang diperolehi (7) hingga (14): 20.45% dalam tempoh 13 hari sahaja (termasuk hari cuti).

—————————————————-

Saham di atas dianalisa menggunakan teknik yang terkandung dalam ebook SistemSaham.com. Analisa saham di atas dibuat tanpa menggunakan apa-apa technical analysis indicator. Hanya menggunakan price and volume action. Teknik/kaedah yang dinyatakan dalam ebook SistemSaham.com, pertama-tama sekali dapat mengurangkan kerugian anda dalam pasaran saham. Anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham. Keduanya, anda akan dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten daripada urusniaga jual beli saham anda. Anda boleh mencuba teknik SistemSaham.com selama 90 hari. Jika anda tidak berpuashati dengan kaedah/teknik yg terkandung dalam ebook itu, wang anda akan dikembalikan 100% tanpa banyak soal. Untuk mendapatkan ebook itu, sila klik di sini.