Analisa Saham – KULIM (SEPT – OCT 2010)

Apa-apa saja formula yang digunakan untuk urusniaga saham tak akan dapat berikan ketepatan yang 100%. Faktor utama ketidak tepatan adalah disebabkan pengaruh emosi manusia dalam setiap pergerakkan saham/pasaran. Emosi manusia sesuatu yang kompleks yang tidak mungkin dapat dinyatakan secara tepat dalam bentuk metamathematical formula. Hampir mustahil! Jadi kalau apa-apa formula yang digunakan dalam saham boleh berikan ketepatan dalam lingkungan 40%/50% pun sudah memadai. Tapi dengan satu syarat penting! Perlu set STOP-LOSS dalam setiap belian saham! Sebab kesilapan dalam saham merupakan sesuatu yang lumrah. Memang kita tidak boleh elak daripada melakukan kesilapan! Bila adanya STOP-LOSS, walaupun peratusan kesilapan/kerugian mengatasi peratusan keuntungan, setiap kerugian dapat dihadkan kepada kerugian-kerugian yang kecil. Tidak mustahil 2 atau 3 transaksi yang berjaya dapat ‘cover’ balik 10 kerugian yang dialami sebelum ini.

Analisa saham kali ini adalah saham KULIM. Saham yang majoriti anggap saham yang mahal. Tapi saham malah atau murah tidak ada bezanya. Jika sampai masanya saham itu naik, dia akan naik. Tugas kita hanya bertindak (react) sahaja! Tidak lebih daripada itu!

AIM

Klik di sini untuk carta yang lebih besar.

(1) KULIM naik melebihi 21%.

(2) Vol turut naik.

(3) Membina CUP-shaped base.

(4) Vol dry-up.

(5) Largest Single Day Drop (LSDD) = -3.92%.

(6) Buy point/pivot = 8.75.

(7) KULIM breakout!

(8) Breakout vol naik sebanyak 119% berbanding normal.

(9) Largest Range (LR) = 0.14, dlm tempoh 5 hari sebelum breakout di (7).

(10) 1RUD (1st RUN-UP DAY). Range hari ini 0.32 >= range di (9).

(11) 2RUD (2nd RUN-UP DAY). Range hari ini 0.19 > range di (9).

(12) 3RUD (3rd RUN-UP DAY). Range hari ini 0.14 > range di (9).

(13) ISLAND TOP

(14) Jual apabila hari selepas ISLAND TOP (13) saham ditutup dibawah closing ISLAND TOP.

KULIM kemudiannya naik semula selepas dijual di (14). Kalau kita follow formula untuk proper breakout, iaitu minimum 40% atau lebih, breakout pada 25/10/2010 atau 1/11/2010 tidak menepati syarat disebabkan peratusan peningkatan vol sangat kecil berbanding normal. Memang formula ini tidak sempurna. Tapi mana lagi baik? Trade dengan menggunakan strategy/formula atau dengan menggunakan dart? Anda pilih…

Potensi keuntungan yang diperolehi dan contoh berdasarkan belian berjumlah RM1000:
Selepas breakout daripada CUP base (7) hingga jualan di (14):
Belian : 8.75 (RM1000)
Jualan : 9.40 (RM1074.30)
% keuntungan : 7.43%

Keuntungan yang diperolehi (7) hingga (14): 7.43% dalam tempoh 14 hari sahaja (termasuk hari cuti).

—————————————————-

Saham di atas dianalisa menggunakan teknik yang terkandung dalam ebook SistemSaham.com. Analisa saham di atas dibuat tanpa menggunakan apa-apa technical analysis indicator. Hanya menggunakan price and volume action. Teknik/kaedah yang dinyatakan dalam ebook SistemSaham.com, pertama-tama sekali dapat mengurangkan kerugian anda dalam pasaran saham. Anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham. Keduanya, anda akan dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten daripada urusniaga jual beli saham anda. Anda boleh mencuba teknik SistemSaham.com selama 90 hari. Jika anda tidak berpuashati dengan kaedah/teknik yg terkandung dalam ebook itu, wang anda akan dikembalikan 100% tanpa banyak soal. Untuk mendapatkan ebook itu, sila klik di sini.