Analisa Saham – SPSETIA (SEPT – NOV 2010)

Dalam memilih saham untuk dibeli, salah satu perkara penting yang perlu kita perhatikan dan ambil berat adalah tahap supply and demand saham. Tahap supply and demand ini diukur dengan melihat kepada aras vol, samaada daily atau weekly. Harga belian/jualan saham dipengaruhi secara langsung oleh tahap supply and demand. Kalau tahap supply and demand tinggi, pergerakkan harga saham semasa urusniaga akan bergerak dalam keadaan yang teratur atau setp-by-step dan boleh dijangka. Sebaliknya, jika supply and demand rendah, saham cenderung untuk turun dan naik secara mendadak dan ini menyukarkan analisa disebabkan pergerakan erratic harga saham. Tahap supply and demand saham sangat penting kerana kita tidak mahu membeli/menjual dengan harga yang terlalu tinggi atau terlalu rendah berbanding aras buy point yang sepatutnya. Satu cara untuk mengukur tahap supply and demand yang “sihat” adalah dengan menggunakan indikator 50-day Moving Average untuk vol (50-day MAVOL). Pada saya, saya selesa dengan setkan aras minimum 50-day MAVOL sebanyak 8000. Jika kurang daripada itu, kebarangkalian untuk saham bergerak dalam keadaan erratic adalah sangat tinggi.

Analisa saham kali ini adalah saham property, SPSETIA.

AIM

Klik di sini untuk carta yang lebih besar.

(1) SPSETIA naik melebihi 26%.

(2) Vol turut naik.

(3) Membina FLAT base. Kedalaman base adalah 9%.

(4) Vol dry-up semasa dalam FLAT base.

(5) Largest Single Day Drop (LSDD) = -2.89%.

(6) Buy point/pivot = 4.60.

(7) Breakout!

(8) Breakout vol naik sebanyak 260% berbanding normal.

(9) Largest Range (LR) = 0.07, dlm tempoh 5 hari sebelum breakout di (7).

(10) 1RUD (1st RUN-UP DAY). Range hari ini 0.13 > range di (9).

(11) 2RUD (2nd RUN-UP DAY). Range hari ini 0.17 > range di (9).

(12) 3RUD (3rd RUN-UP DAY). Range hari ini 0.13 > range di (9).

(13) ISLAND TOP. Closing pada ISLAND TOP menjadi support. Kalau close di bawah support, kena jual.

(14) Jual keesokkannya, apabila hari ke 4 selepas ISLAND TOP (13) saham ditutup dibawah closing ISLAND TOP.

Potensi keuntungan yang diperolehi dan contoh berdasarkan belian berjumlah RM1000:
Selepas breakout daripada CUP base (7) hingga jualan di (14):
Belian : 4.60 (RM1000)
Jualan : 4.81 (RM1045.70)
% keuntungan : 4.57%

Keuntungan yang diperolehi (7) hingga (14): 4.57% dalam tempoh 13 hari (termasuk hari cuti).

—————————————————-

Saham di atas dianalisa menggunakan teknik yang terkandung dalam ebook SistemSaham.com. Analisa saham di atas dibuat tanpa menggunakan apa-apa technical analysis indicator. Hanya menggunakan price and volume action. Teknik/kaedah yang dinyatakan dalam ebook SistemSaham.com, pertama-tama sekali dapat mengurangkan kerugian anda dalam pasaran saham. Anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham. Keduanya, anda akan dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten daripada urusniaga jual beli saham anda. Anda boleh mencuba teknik SistemSaham.com selama 90 hari. Jika anda tidak berpuashati dengan kaedah/teknik yg terkandung dalam ebook itu, wang anda akan dikembalikan 100% tanpa banyak soal. Untuk mendapatkan ebook itu, sila klik di sini.