Analisa Saham – BERTAM (SEPT – OCT 2010)

Banyak buku kita boleh baca/beli berkenaan macam mana nak buat duit melalui pasaran saham. Tak kisahlah buku tu daripada luar atau dalam negara. Yang pentingnya di sini, buku-buku tersebut hanyalah sebagai satu panduan sahaja dan hasil yang akan diperolehi oleh seseorang yang menggunakan teknik-teknik tersebut tidak akan dapat menyamai hasil yang diperolehi oleh pengarang buku-buku tersebut. Banyak kes, pembaca dan mengamal sesuatu teknik pelaburan saham akan mengalami kerugian dan terus berhenti daripada melabur dalam saham. Masalahnya, bukan pada teknik tersebut, tetapi masalah timbul daripada diri pembaca/pengamal teknik terbabit. Sebab tiap-tiap diri mempunyai tahap pemahaman, ilmu yang sedia ada dan pengalaman yang berbeza.

Turut mempengaruhi keberkesanan teknik adalah keadaan pasaran setempat. Tidak semestinya teknik pelaburan saham yang diambil daripada US akan sesuai 100% digunakan di Bursa Malaysia. Akan ada aspek yang perlu disesuaikan bergantung keadaan setempat dan ini semua memerlukan kajian/back testing terlebih dahulu sebelum diaplikasikan pada pasaran sebenar.

Jadi diingatkan di sini, membaca/memiliki buku pelaburan hanya langkah pertama. Langkah seterusnya dalam proses mendapatkan teknik pelaburan saham yang berkesan pada diri pengamal adalah dengan buat testing/back test dan kemudian ubahsuai sedikit demi sedikit bergantung kepada kesesuaian diri dan keadaan pasaran setempat. Memang susah, tapi manakan dapat sagunya kalau tak dipecahkan ruyung? Siapa kata senang?

Analisa saham kali ini adalah saham BERTAM.

BERTAM

Klik di sini untuk carta yang lebih besar.

(1) BERTAM naik 41% sebelum buat base.

(2) Volume turut naik.

(3) FLAT base.

(4) Vol dry-up semasa dalam FLAT base.

(5) Largest Single Day Drop (LSDD) = -5.62%.

(6) Buy point/pivot = 0.45.

(7) Breakout!

(8) Breakout vol naik sebanyak 113% berbanding normal.

(9) Largest Range (LR) = 0.03, 3 hari sebelum breakout di (7). LR mesti dlm tempoh 5 hari sebelum breakout di (7).

(10) 1RUD (1st RUN-UP DAY). Range hari ini 0.03 > range di (9).

(11) 2RUD (2nd RUN-UP DAY). Range hari ini 0.07 > range di (9).

(12) 3RUD (3rd RUN-UP DAY). Range hari ini 0.03 > range di (9).

(13) ISLAND TOP. Closing pada ISLAND TOP menjadi support. Kalau close di bawah support, kena jual.

(14) Jual keesokkannya, apabila hari selepas ISLAND TOP di (13), saham ditutup dibawah closing ISLAND TOP.

Potensi keuntungan yang diperolehi dan contoh berdasarkan belian berjumlah RM1000:
Selepas breakout daripada CUP base (7) hingga jualan di (14):
Belian : 0.45 (RM1000)
Jualan : 0.61 (RM1355.60)
% keuntungan : 35.56%

Keuntungan yang diperolehi (7) hingga (14): 35.56% dalam tempoh 15 hari (termasuk hari cuti).

—————————————————-

Saham di atas dianalisa menggunakan teknik yang terkandung dalam ebook SistemSaham.com. Analisa saham di atas dibuat tanpa menggunakan apa-apa technical analysis indicator. Hanya menggunakan price and volume action. Teknik/kaedah yang dinyatakan dalam ebook SistemSaham.com, pertama-tama sekali dapat mengurangkan kerugian anda dalam pasaran saham. Anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham. Keduanya, anda akan dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten daripada urusniaga jual beli saham anda. Anda boleh mencuba teknik SistemSaham.com selama 90 hari. Jika anda tidak berpuashati dengan kaedah/teknik yg terkandung dalam ebook itu, wang anda akan dikembalikan 100% tanpa banyak soal. Untuk mendapatkan ebook itu, sila klik di sini.