Analisa Saham – MALTON (JUL – OCT 2010)

Ramai yang selalu ‘terkena’ dengan saham. Sebabnya, bila saja sesuatu saham tersebut dibeli, terus dia lupa bahawa saham ini tak kenal siapa pembelinya. Apa yang saham itu akan buat adalah samaada turun atau naik. Masalah pada pembeli, dia akan selalu merasakan ‘attachment’ pada saham tersebut. Rasa ‘attachment’ adalah disebabkan harapan besar yang pelabur itu letakkan pada saham terbabit. Dia mengharapkan saham yang baru dibelinya itu dapat memberikan pulangan yang besar. Bila saja harapan menjadi motivasi seseorang pelabur, maka dia tidak dapat berfikir secara rasional.

Oleh sebab itu, bila saja saham terbabit menghasilkan sell signal atau jatuh dan menyentuh STOP-LOSS, dia terus merasionalkan tindakannya untuk tidak menjual. Macam-macam sebab akan dikemukakan untuk tidak menjual. Akibatnya, saham yang sudah tidak laku itu akan terus dipegangnya tanpa ada tujuaan jelas atau sampai di fed-up. Rugi sungguh!

Analisa saham kali ini adalah saham BERTAM.

MALTON

Klik di sini untuk carta yang lebih besar.

(1) MALTON naik 51% sebelum buat base.

(2) Volume turut naik pada masa yang sama di (1).

(3) CUP-WITH-HANDLE (CwH) base. Kedalaman base adalah sebanyak -22%. Jangan lebih daripada 35%!

(4) Vol dry-up semasa dalam base. Kebanyakkan vol bar di bawah aras normal.

(5) Largest Single Day Drop (LSDD) = -5.71%.

(6) Buy point/pivot = 0.54. Tambah 0.005 di atas high pada handle.

(7) Breakout!

(8) Breakout volume naik sebanyak 457% berbanding aras normal!

(9) Largest Range (LR) = 0.025, 4 hari sebelum breakout di (7). LR mesti dlm tempoh 5 hari sebelum breakout di (7).

(10) 1RUD (1st RUN-UP DAY). Range hari ini 0.07 > range di (9).

(11) 2RUD (2nd RUN-UP DAY). Range hari ini 0.055 > range di (9).

(12) 3RUD (3rd RUN-UP DAY). Range hari ini 0.045 > range di (9).

(13) ISLAND TOP. Closing pada ISLAND TOP menjadi support. Kalau close di bawah support, kena jual.

(14) Jual keesokkannya, selepas confirm saham ditutup di bawah ISLAND TOP closing sehari selepas terhasilnya ISLAND TOP di (13).

Potensi keuntungan yang diperolehi dan contoh berdasarkan belian berjumlah RM1000:
Selepas breakout daripada CUP base (7) hingga jualan di (14):
Belian : 0.54 (RM1000)
Jualan : 0.715 (RM1324.10)
% keuntungan : 32.41%

Keuntungan yang diperolehi (7) hingga (14): 32.41% dalam tempoh 16 hari (termasuk hari cuti).

—————————————————-

Saham di atas dianalisa menggunakan teknik yang terkandung dalam ebook SistemSaham.com. Analisa saham di atas dibuat tanpa menggunakan apa-apa technical analysis indicator. Hanya menggunakan price and volume action. Teknik/kaedah yang dinyatakan dalam ebook SistemSaham.com, pertama-tama sekali dapat mengurangkan kerugian anda dalam pasaran saham. Anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham. Keduanya, anda akan dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten daripada urusniaga jual beli saham anda. Anda boleh mencuba teknik SistemSaham.com selama 90 hari. Jika anda tidak berpuashati dengan kaedah/teknik yg terkandung dalam ebook itu, wang anda akan dikembalikan 100% tanpa banyak soal. Untuk mendapatkan ebook itu, sila klik di sini.