Analisa Saham – MMCCORP (AUG – NOV 2010)

Analisa saham kali ini adalah untuk saham MMCCORP.

MMCCORP

Klik di sini untuk carta yang lebih besar.

(1) MMCCORP naik 14% sebelum buat base. Kurang daripada minimum 20%. Kadang-kadang uptrend kurang daripada 20% boleh berjaya.

(2) Volume turut naik.

(3) Membina FLAT base.

(4) Vol tidak berapa menunjukkan drying-up semasa dalam base. Tapi pastikan vol pada hari ditutup tinggi melebihi vol bar hari ditutup rendah.

(5) Largest Single Day Drop (LSDD) = -2.52%.

(6) Buy point/pivot = 2.87. Tambah 0.01 di atas high pada aras tertinggi dalam FLAT base.

(7) Breakout!

(8) Breakout vol naik sebanyak 198% berbanding aras normal!

(9) Largest Range (LR) = 0.10, terjadi 5 hari sebelum hari RUN-UP DAY yang pertama.

(10) 1RUD (1st RUN-UP DAY). Range hari ini 0.12 > range di (9).

(11) 2RUD (2nd RUN-UP DAY). Range hari ini 0.19 > range di (9).

(12) Telah berlalu 5 hari selepas 2RUD tanpa menghasilkan RUD ketiga. Kiraan RUD direset kembali ke kosong. Cari semula 1st RUD.

(13) Pada ketika MMCCORP memuncak pada 5/10/2010 hingga hari ini, pasaran KLCI meningkat naik. Tetapi MMCCORP tidak ikut sama naik. Malah majoriti saham-saham lain ketika ini, turut meningkat naik bersama-sama KLCI. Ada sesuatu yang tak kena dengan MMCCORP. Jadi, keputusan untuk menjual pada hari ini dan gunakan modal untuk saham lain yang lebih berpotensi. At least, amount modal asal masih terpelihara.

(14) Walaupun tidak menjual pada (13), MMCCORP jatuh melebihi LSDD di (5). Kemudian, hari keesokannya MMCCORP ditutup dibawah closing hari ini. Jual serta merta.

Potensi keuntungan yang diperolehi dan contoh berdasarkan belian berjumlah RM1000:
Selepas breakout daripada CUP base (7) hingga jualan di (14):
Belian : 2.87 (RM1000)
Jualan : 2.96 (RM1031.40)
% keuntungan : 3.14%

Keuntungan yang diperolehi (7) hingga (13): hanya 3.14% dalam tempoh 28 hari (termasuk hari cuti).

—————————————————-

Saham di atas dianalisa menggunakan teknik yang terkandung dalam ebook SistemSaham.com. Analisa saham di atas dibuat tanpa menggunakan apa-apa technical analysis indicator. Hanya menggunakan price and volume action. Teknik/kaedah yang dinyatakan dalam ebook SistemSaham.com, pertama-tama sekali dapat mengurangkan kerugian anda dalam pasaran saham. Anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham. Keduanya, anda akan dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten daripada urusniaga jual beli saham anda. Anda boleh mencuba teknik SistemSaham.com selama 90 hari. Jika anda tidak berpuashati dengan kaedah/teknik yg terkandung dalam ebook itu, wang anda akan dikembalikan 100% tanpa banyak soal. Untuk mendapatkan ebook itu, sila klik di sini.