Analisa Saham – AIC (AUG – OCT 2010)

Kita sudah maklum yang amnya 80% daripada transaksi dalam pasaran saham dijalankan oleh institusi-institusi kewangan besar. Jadi pengaruh daripada institusi-institusi sebegini sangat besar setiap kali pasaran berurusniaga hampir setiap hari. Tapi masih ada antara pelabur kecil yang tidak tahu atau mungkin tak nak faham keadaan sebenar pasaran ini. Masih ramai pelabur kesil yang menyatakan yang dia masih boleh “predict” bila masa saham akan naik atau turun. Tidak heran kalau ramai pelabur sebegitu yang sudah tidak lagi main saham! Kebanyakkan mereka bergantung kepada indikator-indikator saham yang bukan sedikit bilangannya, tapi berpuluh-puluh (seperti Bollinger Band, Gann Swing, On Balance Volume, OBV, Chaikin Oscillator, dll).

Tidakkah mereka sedar bahawa institusi-institusi kewangan terbabit sudah masak dengan key turning point yang akan dikeluarkan oleh indikator-indikator itu bila wujudnya keadaan-keadaan tertentu? Dengan resource yang mereka ada mereka boleh cipta keadaan-keadaan tertentu yang akan seterusnya mempengaruhi satu-satu indikator. Dan sekaligus mempengaruhi keputusan pelabur-pelabur yang menggunakan indikator terbabit.

Pentingnya di sini adalah dengan mengenalpasti ‘pattern’ tertentu dalam sesuatu saham. Bukan hanya berdasarkan indikator semata-mata, kena ditambah dengan pemerhatian yang jitu. Kemudianya daripada situ mengenalpasti element-element penting yang membawa kepada key turing point saham terbabit. Akhir sekali, back testing dengan data-data terdahulu dan juga data-data terkini menggunakan simulator. Bila saja kejayaan teknik terbabit sampai tahap yang memuaskan maka baru diuji dalam lapangan sebenar.

Kuncinya disini adalah “CHANGE”. Tapi emosi manusia dalam pasaran saham tetap sama.

Analisa saham kali ini adalah saham AIC.

AIC

Klik di sini untuk carta yang lebih besar.

(1) AIC naik 68% sebelum buat base.

(2) Volume turut naik.

(3) AIC Membuat CUP base.

(4) Vol dry-up semasa dalam CUP base.

(5) Largest Single Day Drop (LSDD) = -6.51%.

(6) Buy point/pivot = 0.96.

(7) Breakout!

(8) Breakout vol naik sebanyak 211% berbanding normal.

(9) Largest Range (LR) = 0.04, 1 hari sebelum breakout di (7). LR mesti dlm tempoh 5 hari sebelum breakout di (7).

(10) 1RUD (1st RUN-UP DAY). Range hari ini 0.12 > range di (9).

(11) 2RUD (2nd RUN-UP DAY). Range hari ini 0.10 > range di (9).

(12) 3RUD (3rd RUN-UP DAY). Range hari ini 0.06 > range di (9).

(13) ISLAND TOP. Nilai closing pada hari ISLAND TOP akan menjadi support. Kalau saham close di bawah support dalam tempoh 4 hari selepas hari ini, kena terus jual.

(14) Jual keesokkannya, apabila hari selepas ISLAND TOP di (13), saham ditutup dibawah closing ISLAND TOP.

Potensi keuntungan yang diperolehi dan contoh berdasarkan belian berjumlah RM1000:
Selepas breakout daripada CUP base (7) hingga jualan di (14):
Belian : 0.96 (RM1000)
Jualan : 1.22 (RM1270.80)
% keuntungan : 27.08%

Keuntungan yang diperolehi (7) hingga (14): 27.08% dalam tempoh 9 hari sahaja (termasuk hari cuti).

—————————————————-

Saham di atas dianalisa menggunakan teknik yang terkandung dalam ebook SistemSaham.com. Analisa saham di atas dibuat tanpa menggunakan apa-apa technical analysis indicator. Hanya menggunakan price and volume action. Teknik/kaedah yang dinyatakan dalam ebook SistemSaham.com, pertama-tama sekali dapat mengurangkan kerugian anda dalam pasaran saham. Anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham. Keduanya, anda akan dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten daripada urusniaga jual beli saham anda. Anda boleh mencuba teknik SistemSaham.com selama 90 hari. Jika anda tidak berpuashati dengan kaedah/teknik yg terkandung dalam ebook itu, wang anda akan dikembalikan 100% tanpa banyak soal. Untuk mendapatkan ebook itu, sila klik di sini.