Analisa Saham – GAMUDA-WD (SEPT – OCT 2010)

Seperti yang kita sudah sedia maklum, makin tinggi pulangan sesuatu pelaburan, makin tinggi juga kadar kerugian yang boleh dialami. Masalahnya sekarang, majoriti hanya menerima bulat-bulat kenyataan tadi. Jarang sangat orang akan persoalkan kenyataan itu (*di baca propaganda). Boleh dikatakan, hampir tak ada yang mempersoalkan langsung! Kalau dikatakan yang pemikiran majoriti “diwakilkan” kepada syarikat-syarikat kewangan (yang keluarkan kenyataan tersebut) atau kerajaan, ramai yang marah!

Memang risiko sentiasa ada dalam setiap bentuk pelaburan. Kalau dalam saham, risikonya, duit kita boleh hangus begitu sahaja. Jadi zero. Tapi tidakkah kita sedar apabila melabur, kita sendiri boleh hadkan sendiri tahap maksima risiko yang boleh kita terima? Memang boleh! Dengan menggunakan STOP-LOSS. Senang sahaja. Sebagai contoh, bila melabur RM5000 dalam saham. Setkan STOP-LOSS atau kadar kerugian yang kita rasa tidak akan mengganggu tidur malam kita. Mungkin bagi pelaburan RM5000, STOP-LOSS kita setkan kepada -10%. Atau dengan kata lain, kalau value saham itu jatuh hingga RM4500, terus kita jual. Mudah! Jadi, risiko asal pelaburan saham yang boleh hanguskan terus modal, boleh dikurangkan kepada hanya 10% di bawah modal asal. Jadi siapa kata yang melabur saham ini berisiko. Melabur tanpa ilmu baru dikatakan berisiko tinggi!

Orang yang tak nak tetapkan/control risikonya adalah orang yang malas. Ataupun mungkin dia sudah kaya raya dan tidak heran untuk duitnya hilang/hangus.

Analisa saham kali ini adalah analisa ringkas bagi saham GAMUDA-WD.

GAMUDA-WD

Klik di sini untuk carta yang lebih besar.

(1) GAMUDA-WD naik 54% sebelum buat base.

(2) Volume turut naik.

(3) GAMUDA-WD Membuat FLAT base.

(4) Vol dry-up semasa dalam FLAT base.

(5) Largest Single Day Drop (LSDD) = -2.03%.

(6) Buy point/pivot = 1.55. STOP-LOSS = 1.44

(7) Breakout!

(8) Breakout vol naik sebanyak 113% berbanding normal.

(9) STOP-LOSS TRIGGERED! Jual serta merta di sini!

Potensi kerugian yang dialami dan contoh berdasarkan belian berjumlah RM1000:
Selepas breakout daripada CUP base (7) hingga jualan di (14):
Belian : 1.55 (RM1000)
Jualan : 1.44 (RM929)
% keuntungan : -7.10%

Kerugian yang dialami daripada (7) hingga (9): -7.10% atau hanya RM71 sahaja!

—————————————————-

Saham di atas dianalisa menggunakan teknik yang terkandung dalam ebook SistemSaham.com. Analisa saham di atas dibuat tanpa menggunakan apa-apa technical analysis indicator. Hanya menggunakan price and volume action. Teknik/kaedah yang dinyatakan dalam ebook SistemSaham.com, pertama-tama sekali dapat mengurangkan kerugian anda dalam pasaran saham. Anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham. Keduanya, anda akan dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten daripada urusniaga jual beli saham anda. Anda boleh mencuba teknik SistemSaham.com selama 90 hari. Jika anda tidak berpuashati dengan kaedah/teknik yg terkandung dalam ebook itu, wang anda akan dikembalikan 100% tanpa banyak soal. Untuk mendapatkan ebook itu, sila klik di sini.