Apa Yang Patut Kita Buat Semasa Pasaran Dalam Downtrend (Menurun)?

Pasaran Bursa Malaysia telah mula berada dalam downtrend pada 21 Januari 2011 lagi apabila bilangan Distribution day telah terhasil dalam tempoh masa yang pendek. Dalam masa yang sama, banyak saham-saham lain telah mula menghasilkan sell signal dan mula breakdown.

So, apa yang patut kita buat semasa pasaran dalam downtrend?

Mudah je jawapannya. Buat dekkk laaa!!!

Seriously, bukannya kita tak perlu buat apa-apa masa pasaran sedang dalam downtrend. Duduk diam dan tak buat apa-apa memang bukan formula untuk berjaya atau mengaut keuntungan yang besar dalam pasaran saham. Masih ada perkara yang perlu kita buat dalam masa pasaran dalam downtrend.

Mula saja pasaran memasuki fasa downtrend, BELIAN SAHAM BARU PERLU DIHENTIKAN SERTA MERTA!!! Dalam ertikata lain, buat DEKK JE kat saham-saham yang tengah breakout pada masa tu. Terlalu berisiko kalau beli saham yang breakout masa pasaran sedang dalam downtrend. 3 daripada 4 saham akan ikut arah pasaran. Ini kena ingat! Kemudian, kalau masih ada lagi saham yang belum dijual disebabkan sell signal belum timbul, maka kena tunggu sell signal saham tu “terpacul” sebelum mula jual. Bukan bermakna bila pasaran secara keseluruhan sudah berada dalam downtrend, kita mesti jual semua sekali saham-saham dalam pegangan. Tidak sama sekali! Saham dijual hanya sahaja sell signal saham tersebut telah muncul. Kena faham di sini yang kita ada 2 keadah iaitu kaedah mengenalpasti arah pasaran dan kaedah jual beli saham. Dua-dua tu kaedah berbeza dan jangan dicampur adukkan.

Jadi, apa lagi yang patut kita buat masa pasaran tengah down (selain daripada JANGAN BELI SAHAM LAGIIII!!!)? Saya sendiri rekodkan tiap satu transaksi saham yang saya buat sejak daripada mula lagi (2006). Buat dalam spreadsheet je. Daripada rekod yang saya ada, banyak yang saya belajar terutama dalam urusniaga saham yang fail/rugi. Kita lebih banyak belajar daripada kegagalan daripada kejayaan. Sebab bila kita berjaya, kita rasa yang diri kita ni besar. Timbul rasa riak. Padahal sebaliknya, kegagalan pula, buatkan kita sedar yang siapa diri kita dan dari situ kita mula nampak kelemahan-kelemahan yang ada.

Masa pasaran tengah down ni, memang masa yang paling sesuai untuk mula kembali membaca sebab banyak masa akan terluang yang sebelum ini digunakan untuk monitor saham. Masa terluang tu baik digunakan untuk membaca lebih banyak buku-buku pelaburan dan juga browse website-webbsite pelaburan yang bagus. Atau pun ulang kembali buku-buku pelaburan yang sebelum ini kita baca dan fahami balik point-point yang kurang difahami. Bila kita baca semula buku-buku pelaburan untuk kali kedua atau ketiga, selalunya lebih banyak perkara akan mula dapat difahami. Sebab yang paling utama adalah disebabkan pengalaman yang kita peroleh daripada pelaburan yang kita buat sebelum ini membantu dalam memahami kaedah-kaedah atau point-point yang cuba disampaikan oleh pengarang buku terbabit yang sebelum ini kurang difahami bila kita mula pertama kali membacanya.

Akhir sekali, jangan lupa untuk monitor pasaran. Kena ingat, pasaran boleh bila-bila masa akan naik. Bagaimana nak maksimakan keuntungan di pasaran saham kalau tak mula membeli pada awal kenaikkan pasaran?

[ad#Google Adsense]