Analisa Saham – RAMUNIA (Nov 2010 – Jan 2011)

Apa anda rasa, bila saham yang anda baru jual dengan keuntungan 10%, berdasarakan kaedah jual/beli saham yang telah anda pelajari selama ini, naik semula dengan drastiknya hingga mencecah 50% daripada harga yang anda beli? Anda rasa nak hentak je kepala kat dinding bukan? Anda rasa anda kurang cerdik menjual dengan keuntungan 10% berbanding keuntungan 50% yang anda “rasa” anda patut dapat? Anda mula ragu-ragu dan menyoal semula kaedah jual/beli saham yang anda pelajari sejak sekian lama itu. Anda rasa ada sesuatu yang tak kena dengan formula tersebut.

Tapi tahukah anda yang tiada satu pun kaedah jual/beli saham yang 100% tepat? Tak ada satu pun yang sempurna dan adanya cacat cela itu lumrah dalam banyak perkara. Jadi macam mana nak hilangkan/legakan perasaan “kurang cerdik” lepas tengok saham yang kita baru jual, terus naik mencanak-canak? Yang menjerit-jerit nakkan keuntungan lebih itu hanyalah nafsu tamak anda semata-mata. Cara nak jinakkan nafsu adalah dengan ilmu dan displin ketat. Lepas sahaja anda jual saham, terus kena ingat yang kita langsung tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Jadi, bila saham tersebut naik mencanak-canak bila selesai kita menjual, biarkan sahaja. Ada kemungkinan bila kita tidak menjual berdasarkan kaedah yang kita pelajari selama ini, dan kita pegang lagi saham tersebut dengan harapan saham akan naik lebih tinggi, kita akan mula rasa yang diri kita cerdik/pandai. Timbul rasa riak. Dan bila riak itu timbul, mulalah hilang pertimbangan rasional berdasarkan fakta. Berkemungkinan besar kita akan terus memegang saham tersebut hingga ia jatuh dengan lebih banyak lagi!

————————————————————-

Analisa saham bagi RAMUNIA bagi tempoh antara November 2010 hingga Januari 2011.

RAMUNIA

Klik di sini untuk carta yang lebih besar.

(1) Keadaan indeks pasaran ketika itu (UPTREND / DOWNTREND) = UPTREND

(2) Kenaikkan saham sebelum membuat base (%) = 26%

(3) Kenaikkan volume sebelum saham membuat base = YA

(4) Jenis base (% KEDALAMAN / CUP, CUP-WITH-HANDLE, FLAT BASE, DOUBLE BOTTOM) = 14% / FLAT BASE

(5) Keadaan volume semasa saham dalam base = Majoriti volume di bawah aras 50-day MAVOL

(5) Largest Single Day Drop (LSDD) semasa saham dalam base (DATE / %) = 23-11-10 / -8.24%

(6) Buy point/pivot dan STOP-LOSS (-7%) = 0.46 / 0.425

(7) Saham melakukan breakout (DATE) = 20-12-10

(8) Breakout volume berbanding aras 50-day MAVOL (%) = 249%

(9) Range terbesar dalam tempoh 5 hari sebelum 1st RUN-UP DAY (DATE / RANGE) = 27-12-10 / 0.015

(10) 1st RUN-UP DAY (DATE / RANGE) = 3-1-11 / 0.04

(11) 2nd RUN-UP DAY (DATE / RANGE) = 4-1-11 / 0.02

(12) 3rd RUN-UP DAY (DATE / RANGE) = 5-1-11 / 0.105

(13) ISLAND TOP berlaku? (DATE) = 6-1-11

(14) Low ISLAND TOP dibolosi? (DATE) = 7-1-11

(15) Jual? (DATE) = 10-1-11

Kiraan keuntungan/kerugian:
Belian (buy point) = 0.46
Jualan = 0.58
Peratusan = +27.47%

————————————————————-

Saham di atas dianalisa menggunakan teknik yang terkandung dalam ebook SistemSaham.com. Analisa saham di atas dibuat tanpa menggunakan apa-apa technical analysis indicator. Hanya menggunakan price and volume action. Teknik/kaedah yang dinyatakan dalam ebook SistemSaham.com, pertama-tama sekali dapat mengurangkan kerugian anda dalam pasaran saham. Anda tidak akan rugi besar dalam pasaran saham. Keduanya, anda akan dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten daripada urusniaga jual beli saham anda. Anda boleh mencuba teknik SistemSaham.com selama 90 hari. Jika anda tidak berpuashati dengan kaedah/teknik yg terkandung dalam ebook itu, wang anda akan dikembalikan 100% tanpa banyak soal. Untuk mendapatkan ebook itu, sila klik di sini.
[ad#Google Adsense]