WATCH LIST – updated!

Lama sungguh aku tak update blog ni. Baru-baru tadi baru saja update WATCH LIST dengan list saham-saham terbaru. Baru jumpa cara untuk short cut proses update saham (add/remove/update). Sebelum ini kena manually input one-by-one. Jenuh nak update! Jadi sekarang, hampir setiap hari dah boleh update. Asalkan kerje sekarang ni (kerja karier) tak demanding sangat sampai boleh kacau kerja yang ni (kerja hobi/minat/etc).

Cuma nak inform pengunjung-pengunjung blog ini. Tak lama lagi akan ada satu feature baru yang akan ditambah pada blog ni. Lebih kurang macam database warehouse (raw fundamental data) pasaran saham Bursa Malaysia. FREE jek datanya, buat masa ni la ;). Tapi buat masa ni, tak banyak boleh cerita pasal final output nanti. Expected launch pre-beta pada hujung bulan 3 ni nanti.

Apa yang korang boleh buat dengan data-data tu? Sukahati korang la nak buat apa. Aku cuma bagi data jek. Analisis tu buat masa ni korang kena buat sendiri. Dalam saham ni, fundamental analysis pun penting jugak, bukan setakat bergantung pada technical analysis jek. Memang tak cukup sebenarnya kalau hanya guna technical analysis! Apa-apa pun tunggu la nanti hujung bulan 3 utk pre-beta launch.