Simpan atau Belanja?

Semua orang tahu yang jimat cermat/simpan duit tu perkara yang baik. Berbelanja lebih-lebih, beli/hutang dengan kad kredit, buat loan lebih-lebih untuk beli kereta/rumah (sebab still tak cukup dengan yang dah ada), … korang paham la maksud aku. Berlebih-lebihan… Tapi yang peliknya, kalau gomen belanja lebih-lebih pulak baik untuk negara (kata orang ekonomi la)??? Orang ekonomi kata, “kerajaan patut berbelanja untuk “boost” perkembangan ekonomi (government spending to boost the economy)”, berbelanja untuk tingkatkan bilangan pekerjaan dalam industri blah blah, berbelanja untuk pelajaran, berbelanja untuk pengangkutan, dll.

Yang selalu kita dengar dalam berita, bila krisis dah depan mata diorang, hampir tiap-tiap negara akan tingkatkan perbelanjaan negara! Tak ke pelik? Patutnya bila krisis datang, kerajaan patut beringat untuk berjimat cermat, pimpin rakyat untuk buat benda yang sama, menggunakan sebaiknya sumber yang dah sedia ada, kurangkan biokrasi atau mana-mana proses yang menghalang perlaksanaan pemulihan yang berkesan, dll. Tapi tidak! Mana datangnya duit untuk belanja tu? Cukup ke dengan kerajaan hanya bergantung pada cukai & hasil negara? Kalau cukup, kenapa kerajaan (persekutuan/negeri) still pinjam saban tahun? Maknanya mudah je, jumlah perbelanjaan tu sentiasa melebihi kutipan cukai & hasil negara/negeri.

Takkah dulu kita diajar untuk berjimat cermat dan menyimpan. Untuk apa? Untuk masa depan! Masa depan tu apa? Masa depan tu bila kita akan gunakan duit hasil simpanan tu ke arah yang paling membawa kebaikkan kepada diri kita seperti melanjutkan pelajaran, nak buka perniagaan baru, melabur pelaburan yang mendatangkan hasil lumayan, dll. Asasnya, bila kita mula menyimpan, sampai satu tahap, kita akan nampak peluang untuk kita gunakan simpanan kita. For sure, kita akan gunakan/belanja sebaik-baik untuk kebaikkan diri kita, tuan empunya duit tu. Ada juga yang joli sakan, tapi korang sure tahu apa akan jadi nanti.

Sama juga macam kerajaan (padahan kerajaan tu sapa? korang boleh point tak, mana kerajaan tu? Adakah kerajaan tu hanya ilusi semata-mata? entahla…). Kerajaan patut buat perkara yang sama, menyimpan, hingga sampai satu tahap yang paling baik untuk berbelanja dan memaksimakan potensi nilai simpanan atas kebaikkan semua, walaupun terpaksa tinggalkan “pengiktirafan antarabangsa” dengan bina bangunan pencakar langit, lapangan terbang terbesar, jambatan terpanjang, dll. Kerajaan tak boleh sentiasa berbelanja dan tanggung hutang sampai bila-bila.

Kena ada full stop. Disebabkan tak ada full stop tu yang jadi macam US dan Europa sekarang. Korang jangan percaya la dengan apa berita cakap yang US dan Europa akan “dapat menyelesaikan krisis ini tanpa apa-apa kesan buruk”. Tipu je semua tu! Diorang semua dah lepas jurang, tengah jatuh. Satu benda yang boleh menghalang daripada diorang jatuh lebih jauh adalah dasar jurang tu. Masalahnya, tak de siapa yang tahu berapa dalam jurang tu dan berapa lama nak sampai?????