Cara Mudah Hasilkan Formula Untuk Pilih Saham

Sekarang dah lewat malam. Lagi tinggal 10 minit untuk tidur. Tapi kali ini kena juga duduk taip buat karangan ringkas pasal saham. Sudah banyak kali delay nak tulis. Banyak benda sebenarnya nak kongsi tapi (alasan biasa la nihhh…) disebabkan kerja (official & tak official), banyak kali bertangguh-tangguh.

Ok, first sekali, tajuk kat atas tu sebenarnya  mudah nak hasilkan formula dari segi kaca mata penulis. Caranya mudah jek:

1. ada masa terluang

2. ada charting  software, dan yang penting sekali,

3. tak jemu tengok carta saham (yang beratus-ratus tu)

Mudah kan? On paper memang mudah tapi yang payahnya adalah apa yang tersirat.

Memang mudah tapi bila kita tengok carta saham, apa saja yang kita nampak? Price & volume sahajakan? Kalau dilihat secara individual tiap-tiap price bar tu memang tak akan dapat menghasilkan apa-apa makna. Kunci yang sebenarnya adalah kenalpasti trend, pattern atau corak pada price set dalam tempoh tertentu (mungkin 1 minggu, 1 bulan, 3 bulan, etc). Rasionalnya, tiap-tiap perkara yang akan berlaku, seperti sebelum sesuatu saham melonjak naik secara mendadak, pasti akan ada pertanda-pertanda sebelum berlakunya lonjakan tu. Tanda-tanda itu yang kita nak cari daripada carta saham.

Cuma, seperti yang diberitahu sebelum ini, yang sukarnya adalah apa yang tersirat, iaitu apa sebenarnya yang kita nak cari? Apa trend, pattern atau corak yang kita nak kenalpasti yang boleh tingkatkan kebarangkalian sesuatu saham tu melonjak naik sebaik saja pertanda-pertanda tu terhasil? Macam mana nak kenalpasti pertanda-pertanda tu? Sekali fikir, skill main saham ini lebih kepada skill abstrak. Tiap-tiap daripada kita akan tengok carta saham yang sama. Price & volume yang sama. Tapi yang membezakan adalah intepretasi trend, pattern atau corak saham tu. Oleh sebab itu, cara macam mana kita hasilkan formula untuk pilih saham berbeza-beza dari seorang ke seorang.

Ada yang akan kata, “Apa susah! Guna jek orang lain punya formula! Tweak-tweak jek lepas tu!”. Memang! Buat apa susah-susah nak cipta formula sendiri. Tapi kalau ikut pengalaman penulis, dalam pencarian formula tu, penulis dapat kenal kemampuan diri sendiri. Contohnya, penulis selesa dengan daily chart berbanding intraday chart. Lebih mudah nampak pattern dalam daily chart berbanding intraday chart. Kemudian, hal yang paling penting, rasa puas menghasilkan sesuatu yang orang lain tak pernah hasilkan/fikirkan. Nak tahu formula kita tu dah ada orang lain fikirkan, mudah saja! Google jek!

Untuk peringatan. Apa saja formula pemilihan saham, samaada yang dah sedia ada atau yang akan ditemui kelak, bukan bermakna 100% saham-saham yang akan disenarai pendekkan tu akan dapat memberikan keuntungan sebaik sahaja kita beli. Tidak sama sekali! Anda kena faham. Dalam saham ni, kita bermain dengan kebarangkalian. Tak ada saham yang kita pilih yang boleh secara pasti bagi kita untung (kecuali kalau anda seorang bankers! Ini akan cerita lain post…). Jadi, walaupun kita dah ada formula untuk pilih saham, ia hanya mampu tingkatkan sedikit kebarangkalian untuk kita pilih saham yang berpotensi. Kalau nak tingkatkan lagi kebarangkalian, itu yang kita kena tweak-tweak formula kita.

Ok cukup, dah lebih setengah jam menaip. Cite lain kali. Nak tido.