Agen Unit Trust Dari Kaca Mata Pelabur


Apa yang selalu buatkan pelabur unit trust frust dengan agen yang uruskan unit trust mereka? Hampir majoriti orang yang saya jumpa pasal unit trust, mereka jangkakan/expect kalau mereka melabur unit trust melalui mana-mana agen, agen-agen akan uruskan pelaburan mereka tanpa mereka risau apa-apa pun. Sekali sekala pelabur akan bertanyakan tentang kepadaan pasaran dan ekonomi kepada agennya dan pelabur expect agen akan dapat beri penerangan yang memuaskan. Dengan kata lain, pelabur expect agen patut tahu bila masa nak melabur dan bila masa untuk tebus (redeem)/switch kalau pasaran jatuh macam air terjun. Memang la kalau ditanya agen-agen tu, jawapan biasa: “Boleh melabur bila-bila masa. Lagi baik kalau melabur tiap-tiap bulan. Sebab lama-kelamaan, pasaran akan naik jugak!” Pada saya, siapa-siapa saja kalau banyak kali dengar satu-satu perkara, diulang-ulang, walaupun parkara tu tak betul, lama kelamaan orang yang mendengar tu akan terima perkara tu sebagai betul. Ditambah pula bila hampir semua orang-orang yang sejenis dengannya (agen-agen) keep repeating the same thing and keep following and being within the same herd! Selalunya susah nak ubah orang-orang yang dah lama didokrinkan dengan perkara-perkara yang separuh masak, separuh betul.

Dalam unit trust,fund manager adalah orang yang dilantik oleh syarikat unit trust bagi menguruskan dana-dana/fund yang ada dalam syarikat. Jadi kalau seseorang itu dilantik/diambil bekerja (fund manager) sudah pasti bos dia adalah syarikat yang ambil dia bekerja kan? Tapi yang herannya, dalam masa yang sama, fund manager tu diarahkan menguruskan pelaburan unit trust daripada orang-orang macam kita ni yang tak ada tempat lain nak melabur kecuali dalam unit trust (orang emas nanti dula ye! belum cakap pasal bab emas lagi ni). Ye la sebab labur unit trust ni murah (tapi tak murah seperti yang disangka. ni cerita lain) dan mudah. Jadi, fund manager ni turut bertanggungjawab kepada pelabur unit trust, atau dengan kata lain, pelabur-pelabur unit trust yang ramai tu, setiap seorang merupakan bos kepada fund manager tu! Tapi kat sini kita anggap pelabur-pelabur tu sebagai satu kumpulan besar atau satu bos beso! Pelik tak bila kita fikir balik yang fund manager ni ada 2 bos? Mana boleh pekerja report kat 2 bos serentak? Patut report kat salah seorang dan terima arahan daripada 1 bos jek? Dalam kes ni, fund manager bertanggungjawab pada majikannya yang ambik dia bekerja dan dalam masa yang sama bertanggungjawab kepada bos terdiri daripada pelabur-pelabur unit trust. Ni “conflict of interest” namanya! Majikannya suruh fund manager tu maksimumkan keuntungan dengan cara mengenakan caj-caj kepada pelabur dan satu lagi majikan (pelabur) suruh dia maksimumkan pelaburan. Mana satu yang patut fund manager ikut?

Pendapat peribadi saya la, kalau betul tanggungjawab fund manager adalah pada pelabur, patutnya masa pasaran jatuh, tanpa lengah-lengah lagi, dia patut transfer semua pelaburan ke dana yang lebih selamat. Tapi apa yang jadi, tak seorang pun fund manager yang akan buat macam tu. Yang fund manager buat adalah mempastikan dana yang diurusnya sentiasa meningkat dengan penambahan pelaburan baru. Sebab satu hal yang saya sendiri experiance, bila masa ada pelanggan yang nak redeem atau keluarkan pelaburan, bukan main susah nak dapatkan borang redemption! Borang-borang lain macam borang Account Opening, Transaction form, Switching Authorization form, etc mudah-mudah je boleh dapat kat kaunter. Boleh dapat berbundle-bundle pulak tu! Nak mintak redemption form punya la susah! Kalau nak mintak kat kaunter memang tak ada langsung! Cuma boleh mintak kat upline je.  Ni kalau syarikat unit trust saya. Tak sure samaada syarikat unit trust lain pun sama praktisnya. Diorang kata, redemption form ni controlled form, tak boleh bagi saja-saja. Tak boleh bagi saja-saja ke memang tak nak suruh orang keluarkan duit dari syarikat?

Melalut sebenarnya saya ni. Patut cakap pasal agen unit trust tapi melalut pasal fund manager pulak. Berbalik kita pada agen unit trust. Disebabkan fund manager ada tanggungjawab besar terhadap majikan(atau majikan-majikan???)nya, adalah hampir mustahil fund manager dapat menerangkan tentang pelaburan kepada pelabur-pelaburnya dengan secara terperinci. Di sini datangnya peranan agen. Sepatutnya agen merupakan sambungan/extension kepada fund manager. Kita sedia maklum yang fund manager tu memang orang yang cekap dan serba tahu berkenaan keadaan pasaran dan ekonomi. Disebabkan agen adalah extension (sepatutnya!) kepada fund manager, patutnya agen turut “in sync” atau selari dengan pengetahuan fund manager. Tak perlu sampai tahap apa yang fund manager tahu tapi setakat pengetahuan am tentang pasaran dan ekonomi pun dah memadai. Tapi apa yang kita perhati sekarang tak macam apa yang kita jangkakan. Sepatutnya la agen unit trust kena jadi macam agen broker saham. Agen broker saham memang berkebolehan untuk rekomen saham-saham yang baik kepada pelanggan-pelanggan dia. Ini disebabkan sebelum agen broker tu jadi “agen broker”, dia kena lalui bermacam-macam ujian dan peperiksaan. Bila lulus ujian-ujian (yang susahnya tak semua boleh buat!) dan dapat lesen barulah boleh mula praktis sebagai agen broker saham. Praktis ni bukan tak ada dalam industri unit trust. Tapi praktisnya macam melepaskan batuk di tangga. Memang la agen unit trust pun dapat lesen, tapi kalau saya cerita pasal proses atau ujian untuk jadi agen mesti korang kata patut la majoriti agen macam hampeh! Jadi tak heran kalau ramai agen unit trust yang tak tahu menahu keadaan pasaran atau ekonomi negara atau global bila ditanya pelabur. Kalau dah tak tahu pasal pasaran dan ekonomi, macam mana nak manage pelaburan dan serve pelanggan-pelanggan dengan berkesan? Atau ke memang “grand design”nya secara sengaja ada pihak-pihak tertentu yang manjadikan industri unit trust ni satu industri yang mengejar keuntungan semata-mata dengan target memaksimumkan kommisen dan mengenakan caj-caj yang bermacam-macam tu kepada orang-orang yang tak tahu apa-apa pasal pelaburan dan tak ada rasa suspek sikit pun pasal apa yang berlaku dalam industri unit trust?

Lu pikir lah sendiri!