5 Perkara Yang Tak Patut Dibuat Masa Pasaran Jatuh

Melabur saham ni bukan boleh sepanjang masa. Ada masa untuk trade/berurusniaga dan ada masa kena STOP. Sebab dalam business apa sekali pun akan ada masa untuk berniaga dan ada masa kena STOP semua samaada disebabkan business tu mula merundum dan tak patut lagi teruskan business dalam keadaan/bidang yang sama atau pun sebab-sebab lain. Siapa la yang boleh trade/kerja non-stop? Kita bukannya robot!

Disenaraikan di sini 5 perkara yang tak patut dibuat apabila pasaran jatuh:

  1. Masih jual/beli saham. Apa gunanya kita monitor indeks pasaran hari-hari kalau kita masih trade tanpa hirau turun naik pasaran? Buat apa susah-susah monitor kalau sepatutnya sampai masanya untuk kita STOP trading tapi kita tak STOP? Pasaran ni boleh diumpamakan macam sekawan lembu pada padang yang luas. Perbuatan setiap ekor lembu akan dipengaruhi oleh lembu-lembu disebelahnya. Dan kalau kita tengok dari jauh, pergerakan sekumpulan lembu seakan-akan sekata walaupun ada sebahagian daripadanya akan terkeluar daripada kmpulan tapi secara keseluruhannya semua bergerak dalam arah yang sama. Sama juga dengan saham. Majoriti saham akan dipengaruhi oleh arah pasaran dan bergerak dalam arah yang sama cuma tiap-tiap saham berbeza dari segi tempoh masa untuk jatuh atau naik. Jadi, apa kebarangkaliannya untuk dapat untung kalau masih lagi beli saham masa pasaran jatuh? Kecilkan kebarangkaliannya? Berbanding kalau kita beli saham masa pasaran sedang naik.
  2. Tak jual saham dalam pegangan yang sudah hasilkan sell signal. Jika kebarangkali untuk saham hasilkan keuntungan makin kecil masa pasaran jatuh, buat apa kita masih lagi pegang saham tu? Bukan bermakna kita kena jual saham bila saja pasaran jatuh tapi jual bila saja signal jual untuk saham tu timbul. Selalunya sebab utama masih ada orang yang hold saham-saham tu adalah disebabkan dia masih bergantung harapan yang saham tu akan dapat menghasilkan keuntungan. Mengharap kepada sesuatu (hope)  yang tidak berpijak pada dunia nyata ni bahaya bila kita main saham. Sebab dengan bergantung harapan kita tidak akan berfikiran rasional/logik. Dalam saham, rasional/logik merupakan rencah yang paling pending. Kalau bergantung harapan sahaja boleh mendatangkan keuntungan bila main saham, dah tentu majoriti yanga main saham dah kaya raya. Tapi sebaliknya yang berlaku.
  3. Tak monitor pasaran. Monitor pasaran ni memang sedikit  leceh sebab hampir setiap hari kena tengok pasaran. Tapi bukan bermakna kena tengok indeks pasaran setiap minit, setiap hari. Kita hanya perlu tengok data pasaran bila pasaran sudah ditutup pada hari tu sahaja atau end-of-day (EOD). Kalau ikut point #1 tadi, walaupun urusniaga jual/beli saham dihentikan semasa pasaran jatuh, kita masih perlu monitor keadaan pasaran secara keseluruhan sebab kita tak tahu bila pasaran akan mula naik semula. Takut nanti kalau kita tak monitor pasaran dan pasaran mula naik kita mungkin akan tertinggal “bas”. Lebih teruk kalau kita lewat sangat masuk pasaran dan pasaran dah lama naik, kita terbeli saham bila pasaran dah hampir dikemuncaknya. Selalunya, keputusan masa tu bukan lagi dipengaruhi oleh rasa rasional/logik tapi dipengaruhi oleh mentaliti tak nak ketinggalan “bas”. Seperti yang diceritakan tadi dalam point #2, tanpa rasional/logik memang saja-saja cari nahas.
  4. Tak study semula trade yang dibuat sebelum ini. Masa pasaran jatuh, merupakan masa yang paling sesuai untuk kita lihat semula semua urusniaga saham yang kita buat sebelum ini. Masa pasaran naik, ramai yang tak ada masa nak tengok balik urusniaga saham yang dah selesai untuk tujuan review semula keberkesanan teknik/strategi saham yang digunakan. Bila kita study balik urusniaga kita yang lepas-lepas, dari situ kita boleh nampak serba sedikit kelemahan teknik saham kita dan dengan itu kita boleh menambahbaikkan teknik/strategi kita. Memang sebaik-baiknya masa pasaran naik, masa tu untuk kita tengok balik, study dan ubah teknik kita “on the fly”. Tapi tak ramai yang ada masa. Jadi seelok-eloknya, majoriti daripada kita, patut buat study masa pasaran tengah jatuh.
  5. Masih kerap sangat tengok saham-saham dalam pasaran. Kalau dah berbulan-bulan terpacak tengok screen monitor, bila sampai masa untuk STOP, memang payah nak berhenti. Kepada trader yang tegar, memang tak boleh duduk senang kalau 1 hari tak tengok screen monitor. Memang payah nak STOP. Tapi lebih baik stop daripada terus terlibat dalam pasaran. Hanya bila kita masih ada saham yang belum dijual dan belum lagi keluar sell signal, masa tu kita masih lagi boleh monitor, tapi hanya monitor saham yang masih belum dijual saja. Jangan mandai-mandai nak tengok saham lain sebab kalau dah mula tengok saham-saham lain, keinginan nak beli dan libatkan balik dalam pasaran memang tinggi. Biasa la. Rasa tamak tu ada dalam setiap orang. Daripada menyesal tak sudah, baik STOP saja. Tunggu je pasaran naik semula baru mula balik.