Setiap Orang Berbeza Kaedah Dalam Melabur Saham

Pagi semalam singgah menjenguk rakan-rakan sekerja lama masa di TM dulu. Berborak dengan seorang manager, bercerita tentang kaedah melabur saham. Dia ada beli ebook saya berkenaan saham. Dia berseloroh kata, “Kaedah kau tu tak boleh pakai laaa! Mula-mula tu untung tapi lama-kelamaan asyik tak jadi”, katanya.

Korek punya korek, dia bagitahu yang dia dah ada formula sendiri, hasil dari tambahan dan modifikasi formula asal dalam ebook sistemsaham.com tu. Dan sekarang dia sudah selesa melabur saham menggunakan formula dia sendiri. Cayalah bro!

Selalunya orang yang baru nak mula belajar saham ni perlu dicucuk jarum untuk sedarkan dia. Dia perlu sedar yang realitinya, bila nak melabur saham ni kena ada formula. Tak boleh melabur “rogol” jek. Ebook sistemsaham.com tu boleh diumpamakan sebagai  jarum untuk sedarkan orang yang nak cuba melabur saham tentang kriteria-kriteria yang perlu ada.

Bila zahir sedar, timbul keinginan untuk tahu lebih lagi. Seterusnya timbul kefahaman tentang selok belok pasaran saham dan kaedah untuk melabur saham.  Setiap orang mempunyai kadar pemahaman yang berbeza apabila disajikan dengan formula saham. Sebab itu, hasil melabur saham berbeza-beza untuk setiap orang. Sebabnya adalah tahap pemahaman yang berbeza pada seseorang tentang formula yang digunakan.

Tetapi yang paling mempengaruhi hasil bila kita melabur saham adalah tahap emosi seseorang pelabur apabila berada dalam pasaran, samaada bila menjual/membeli saham. Tapi saya tak nak terangkan lagi tentang pengaruh emosi dalam melabur saham. Mungkin dalam post yang akan datang. Terlalu panjang.

Salah satu tujuan asal ebook sistemsaham tu selain sebagai “jarum”, ia juga mendedahkan kaedah alternatif melabur saham. Tak semestinya kita kena ikut pendekatan melabur saham yang dah popular sekarang. Ada banyak lagi kaedah/pendekatan lain yang boleh digunakan untuk kenalpasti saham yang ada potensi untuk naik.

Yang pentingnya, kita perlu lebih terbuka apabila disajikan dengan data-data pasaran saham. Sebab bila minda kita terbuka, kita akan mudah untuk “membaca” atau “menngenalpasti” corak/pattern dalam satu-satu saham atau pasaran sebelum berlakunya sesuatu, samaada saham/pasaran tu naik atau turun.