Rugi melabur dalam unit amanah?

disclosure-mistake

Kenapa boleh rugi?

Sebahagian sebab-sebabnya:

  1. Agen yang tak tahu menguruskan pelaburan. Hanya tumpukan kepada komisen dan bukan untuk serve client. Agen perlu tahu selok belok keadaan pasaran. Tak semestinya agen perlu ada certificate tertentu. Cukup sekadar faham dan ambil tahu situasi keadaan pelaburan semasa. Sebab pelanggan atau orang ramai sekarang sudah mula mudah mendapatkan maklumat dan mungkin lebih berpengetahuan berbanding agen-agen unit amanah itu sendiri. Tak malu ke nanti kalau agen ditanya berkenaan pelaburan unit trust dan tak boleh jawab atau jawapan tidak memuaskan? Jangan hanya bergantung kepada brochure yang company bagi. Orang tak baca pun sebenarnya!
  2. Kurang/tiada kawalan atas prestasi dana oleh pelabur-pelabur unit amanah. Hanya syarikat unit amanah sahaja yang ada direct control pada dana terbabit melalui fund manager yang dilantik. Segala keputusan pelaburan, samaada membeli atau menjual saham/bond/sukuk/etc untuk dana-dana yang dibawah jagaan fund manager hanya dibuat oleh fund manager itu sendiri, dan berpandukan kepada objektif pelaburan yang ditetapkan awal-awal oleh syarikat unit amanah. Bermaksud, syarikat unit amanah akan tetapkan objektif pelaburan dana-dana tersebut (berpandukan kepada kelulusan daripada badan-badan pelaburan di Malaysia) dan kemudian fund manager akan jalankan pengurusan bergantung kepada objektif yang ditetapkan itu tadi. Pelabur-pelabur dana tiada tangan pun dalam keputusan nak membeli/menjual apa-apa asset dalam dana terbabit. Apa jadi bila fund manager tersebut bertukar? Pergi syarikat unit amanah lain? Kalau pelabur diberitahu tentang pertukaran itu bolehlah pelabur ikut juga bertukar ke dana syarikat lain yang memancing fund manager terbabit. Tapi maklumat ini tidak diwar-warkan kepada pelabur. Sebabnya, jika diberitahu pelabur, kemungkinan kadar pengeluaran dana daripada syarikat unit amah yang lama amat tinggi. Rugi la!
  3. Keadaan pasaran semasa sentiasa mempengaruhi prestasi dana. Ini boleh rejuk kembali kepada point #2 di atas iaitu prestasi dana bergantung kepada ke’terer’an fund manager dana terbabit. Jika fund manager ada strategi untuk melindungi pelaburan pelabur-pelabur, dan strategi tersebut terbukti berkesan, siapa tak nak melabur dalam dana yang diuruskan fund manager terbabit?
  4. Sikap pelabur yang tidak ambil endah keadaan pelaburan dana. Hanya bila rugi sahaja baru nak ambil tahu. Bukan bermakna bila melabur dalam unit amanah pelabur boleh terus ‘buy and forget’? Pelabur kena sentiasa peka, sebab bila agen jadi hampeh/MIA/buat tak atau fund manager terbaik yang menguruskan dana tertentu keluar dan digantikan dengan orang lain yang hanya ada 1/10 sahaja skill yang ada pada fund manager yang lama, apa jadi dengan pelaburan kita? KEna ingat, dunia ni sentiasa berubah. Setiap benda berubah dan kita kena turut berubah. Untuk berubah, kita kena ‘up-to-date’ dengan maklumat terkini.