Untung Datang Bersama Risiko

Al-ghurm bil ghunm.
Returns are justified by taking risks.
Keuntungan datang bersama risiko.

Apabila kita membuat keputusan untuk membuat pelaburan, kita perlu faham nak dapat untung perlu ambil risiko. Sama ada rendah atau tinggi. Pelabur bijak mengambil risiko yang rendah.

Justeru kita perlu menerima hakikat sebarang aktiviti pelaburan mesti mempunyai risiko. Pasti terkena rugi juga.

Sekiranya kita mengharapkan mendapat untung setiap masa, 100% kejayaan, maka kita gagal menjadi seorang pelabur yang baik.

Namun ia tidak bermaksud kita perlu membabi buta mengambil risiko.

Kita mengambil risiko terkawal (calculated risk). Nabi Ya’kub berpesan kepada anak-anaknya ketika mahu memasuki Mesir ketika musim kemarau:

“Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlain- lain…”

Surah Yusuf ayat 67.

Cari strategi pelaburan yang fokus kepada tidak rugi modal terlebih dahulu. Kita akan lebih untung.
.

Sila klik link di bawah untuk mendapatkan tutorial online Pelaburan Saham:

www.pakdi.my

@Pakdi.net – Untung Datang Bersama Risiko