Update Indeks FBMKLCI dan Saham Hitlist – 4 Mac 2016 @ 3pm

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

Update indeks pasaran FBMKLCI dan saham Bursa Malaysia untuk tengahari @ 3:05 pm.

Indeks FBMKLCI
Status FBMKLCI: UPTREND
Image and video hosting by TinyPic

Carta Intraday (Intraday Chart)
Indeks FBMKLCI pada awal sesi pagi dibuka rendah tetapi kemudian naik mendadak pada 40 minit pertama dan mencapai aras tertinggi setakat ini pada 1700.49 atau naik 12.29 mata iaitu kenaikkan 0.73%. FBMKLCI kemudianya menurun semula dan pada akhir sesi pagi mengurangkan mata kenaikkan kepada separuh iaitu hanya naik lebih 6 mata sahaja. Pada sesi petang, setakat ini kelihatan FBMKLCI mula menurun semula dan sekarang berada pada aras 1689.95, hanya naik 1.75 mata atau 0.10%. Satu penurunan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan jumlah mata kenaikkan yang dicapai pada awal sesi pagi tadi iaitu 12.29 mata.

(Klik pada image untuk paparan lebih besar)
minifbmklci20160304@3pm

Carta Harian (Daily Chart)
Pada daily chart, FBMKLCI masih berhadapan dengan rintangan pada trendline #2 dan tidak mampu naik melepasi trendline tersebut. Perlu diingatkan sekali lagi, hanya 1 DISTRIBUTION DAY diperlukan minggu ini untuk menukar status pasaran menjadi DOWNTREND. Namun ada kemungkinan untuk FBMKLCI turun semula selepas naik dengan begitu banyak sekali pada 1 & 2/3/2016 lepas. Jika kejatuhan ini, yang bermula semalam, adalah kejatuhan normal maka volume akan berkurangan berbanding hari-hari sebelumnya. Dan jika tekanan jualan sementara itu selesai, maka FBMKLCI akan rebound naik semula. Ini akan berlaku selagi DISTRIBUTION DAY tidak berlaku hari ini. Kita tunggu dan lihat.

(Klik pada image untuk paparan lebih besar)
m2ufbmklci20160304@3pm

Pergerakan saham – saham Hitlist yang terkini petang ini
Keseluruhannya setakat ini, 10 daripada 25 saham dalam Hitlist mencatatkan kenaikkan.
Setakat petang ini, pecahan bilangan saham Hitlist yang naik, berdasarkan peratusan kenaikkan:
>0%: 10
>5%: 0
>10%: 0

10 saham naik setakat ini daripada 25 jumlah saham dalam Hitlist. Saham BIG hampir mencapai kenaikkan 5% dan setakat ini telah naik 4.478%. Tiada saham Hitlist yang jatuh lebih 5% dan hanya 6 saham sahaja mencatatkan penurunan. Nampaknya pasaran mengalami penurunan pada awal sesi petang ini dan ini akan turut menpengaruhi prestasi saham Hitlist.

Sila check di senarai saham Hitlist untuk kenalpasti saham mana yang BREAKOUT ataupun yang telah hasilkan SELL SIGNAL.

m2u20160304@3pm

Diupdate setiap hari. Link ke saham-saham dalam Hitlist untuk hari ini:
http://3ruds.epinula.com/hit-list/hit-list-4-mac-2016/

Senarai prestasi saham-saham Hitlist yang telah lalu: http://3ruds.epinula.com/historical-data/

Maklumat terkini pasaran Bursa Malaysia dan berita terkini sila like Facebook page: https://www.facebook.com/epinula