5 Sumber Duit Memulakan Pelaburan Sendiri

Melabur lah dengan duit yang dah lepas belanja wajib.

Jangan melabur dulu tapi duit untuk bayar hutang belum selesai lagi.

Berikut adalah 5 sumber duit bagi memulakan pelaburan sendiri.

1. Duit Bonus

Ada syarikat yang memberikan bonus tahunan sehingga setahun gaji.

Kalau sebulan gaji RM 3,000, maka bonus yang diterima adalah RM36,000. Wow. Gunakan sebahagian untuk melabur dan sebahagian lagi untuk kegunaan anda sendiri.

2. Duit Harta Pusaka

Ini durian runtuh.

Namun jika kita menerima harta pusaka dalam keadaan tidak bersedia, sila berhati-hati. Sebabnya duit pusaka tersebut selalunya habis lebih cepat dari yang kita sangkakan.

3. Duit dari agihan pendapatan ASB & Tabung Haji

Sebab tu kena simpan duit cepat-cepat.

Agihan pendapatan yang diterima dari ASB dan Tabung Haji juga merupakancashflow yang diterima setiap tahun. Duit lebih juga. Modal asal masih tersimpan di dalam akaun.

4. Duit dari untung bisnes

Jika kita ada buat bisnes selain dari bekerja secara full time, maka itu adalah lebih baik.

Kita ada banyak duit lebih untuk terlibat di dalam pasaran saham atau lain-lain jenis pelaburan.  Jadi, buat bisnes dapat membantu anda ada duit lebih dengan lebih cepat.

5. Duit Simpanan Khas Untuk Pelaburan

Buat satu tabung khas yang memang kita akan gunakan untuk melabur.

Misalnya kita mampu simpan RM 300 sebulan, maka RM 100 itu letak tabung khas pelaburan. Cukup modal yang dikehendaki dapatlah kita memulakan pelaburan sendiri. Jika rugi, tunggu semula tabung khas tersebut penuh ya.

http://www.pakdi.net/5-sumber-duit-memulakan-pelaburan-sendiri/