Update Indeks FBMKLCI dan Saham Hitlist – 31 Mac 2016 @ 5pm

Assalamualaikum dan Selamat Malam,

Pergerakan FBMKLCI dan saham Bursa Malaysia Hitlist pada akhir dagangan hari ini @5pm:

Indeks FBMKLCI
Status FBMKLCI: UPTREND
Image and video hosting by TinyPic

Carta Intraday (Intraday Chart)
Indeks FBMKLCI hari ini banyak menghabiskan masanya berada di bawah aras penutupan semalam (negatif). Aras tertinggi dicapai FBMKLCI adalah pada awal dagangan sesi pagi iaitu naik sehingga 1.92 mata atau 0.11% pada aras 1719.74. Kenaikkan yang terlalu kecil. Manakala aras terendah yang dicapai FBMKLCI hari ini adalah pada 1713.22, jatuh -4.60 mata atau turun -0.27%. Walaubagaimanapun, pada jam terakhir dagangan, FBMKLCI mula naik dan melepasi ars penutupan semalam namun tidak berjaya bertahan untuk berada di atas aras tersebut dan jatuh semula. Pada akhir dagangan FBMKLCI ditutup hampir tidak berubah namun jatuh sedikit -0.24 mata atau -0.01% untuk ditutup pada 1717.58.

Secara keseluruhannya, Bursa Malaysia mencatakan kenaikkan bagi 397 saham berbanding 406 saham mencatatkan penurunan. Manakala 387 saham diniagakan tidak berubah.

(Klik pada image untuk paparan lebih besar)
minifbmklci20160331@5pm

Carta Harian (Daily Chart)
Pada daily chart, FBMKLCI nampaknya mula berhenti jatuh dan hampir ditutup searas dengan penutupan semalam. FBMKLCI ditutup hampir kepada aras tertinggi yang dicapai hari ini ditambah pula dengan kenaikkan volume hari ini yang mengatasi aras volume semalam, menunjukkan yang FBMKLCI sedang mula pulih daripada tekanan jualan yang terhasil pada hari ini dan semalam. Ada kemungkinan FBMKLCI akan meneruskan kembali kenaikkan dan seterusnya menghasilkan BREAKOUT melepasi aras Trendline #1a yang tidak berjaya dilepasi pada 2 hari lepas.

(Klik pada image untuk paparan lebih besar)
m2ufbmklci20160331@5pm

Pergerakan saham – saham Hitlist pada akhir dagangan hari ini
Keseluruhannya setakat ini, 5 daripada 34 saham dalam Hitlist mencatatkan kenaikkan.
Pada akhir dagangan hari ini, pecahan bilangan saham Hitlist yang naik, berdasarkan peratusan kenaikkan:
>0%: 5
>5%: 1 (BIG)
>10%: 0

Berbeza dengan keadaan semalam, hari ini bilangan saham Hitlist yang ditutup rendah melebihi separuh daripada saham-saham dalam Hitlist. Hanya 5 saham Hitlist mancatatkan kenaikkan dan ini memberi gambaran secara tidak langsung keadaan pasaran yang agak lemah buat masa ini. Hanya saham BIG mencatatkan kenaikkan melebihi 5% iaitu 5.839% namun kenaikkan tersebut belum memberi apa-apa makna kepada saham BIG disebabkan masih jauh lagi saham BIG untuk membuktikan kemampuannya untuk naik lebih tinggi. Tiada saham Hitlist yang jatuh melebihi 5% namun saham LCHEONG jatuh -4.478% agak hampir dengan nilai treshold tersebut.

Sila check senarai saham Hitlist di link di bawah untuk kenalpasti saham mana yang hasilkan BUY SIGNAL (BREAKOUT) ataupun yang telah hasilkan SELL SIGNAL.

m2u20160331@5pm

Diupdate setiap hari. Link ke saham-saham dalam Hitlist untuk hari ini:
http://3ruds.epinula.com/hit-list/hit-list-31-mac-2016/

Senarai prestasi saham-saham Hitlist yang telah lalu: http://3ruds.epinula.com/historical-data/

Maklumat terkini pasaran Bursa Malaysia dan berita terkini sila like Facebook page: https://www.facebook.com/epinula