Update Indeks FBMKLCI & Saham Hitlist – 7 April 2016 @ 10am

Assalamualaikum dan Selamat Pagi,

Update Indeks FBMKLCI dan saham Bursa Malaysia Hitlist @ 11:06 pagi.

Indeks FBMKLCI
Status FBMKLCI: UPTREND
Image and video hosting by TinyPic

Carta Intraday (Intraday Chart)
Indeks FBMKLCI dibuka sedikit tinggi dan kemudiannya meneruskan kenaikkan hingga mencatatkan aras tertinggi setakat ini pada 1722.21, iaitu kenaikkan 5.20 mata atau 0.30%. FBMKLCI kemudianya mendatar dan sekarang berada pada aras 1720.98, naik 3.97 mata atau 0.23%, sedikit di bawah aras tertinggi setakat ini.

Sebanyak 310 saham Bursa Malaysia mencatatkan kenaikkan berbanding 277 saham mencatatkan penurunan setakat ini. Sebanayk 322 saham pula masih tidak berubah.

(Klik pada image untuk paparan lebih besar)
minifbmklci20160407@10am

Carta Harian (Daily Chart)
Pada daily chart, FBMKLCI sekarang berada sepenuhnya di atas aras Trendline #1a dan ini merupakan satu perkara yang positif. Volume agak tinggi setakat ini jika dibandingkan dengan volume-volume pada awal dagangan pada hari-hari sebelum ini. Lihat samaada FBMKLCI dapat teruskan kenaikkan dan melepasi aras tertinggi yang dicapai pada 23/3/2016 (1727). Jika itu berlaku, kebarangkalian tinggi FBMLCI akan naik lebih tinggi lagi selepas itu. NAmun, perhatikan samaada FBMKLCI tiba-tiba lemah dan jatuh teruk -1% atau lebih. Jika itu pula berlaku, kebarangkalian untuk FBMKLCI jatuh semula amat tinggi. Kita tunggu dan lihat.

Klik pada image untuk paparan lebih besar)
m2ufbmklci20160407@10am

Summary pergerakan saham-saham dalam Hitlist untuk pada, 6/4/2016

Jumlah saham dalam Hitlist: 36
Saham baru: 3
Breakout: 3
Hampir untuk dijual: 0
Dijual: 1
Keluar list (Tak mencapai kriteria): 1

Sila ke http://3ruds.epinula.com/hit-list/hit-list-7-april-2016/ untuk senarai terperinci dan terkini.

Pergerakan saham – saham Hitlist yang terkini pagi ini
Keseluruhannya setakat ini, 20 daripada 36 saham dalam Hitlist mencatatkan kenaikkan.
Setakat pagi ini, pecahan bilangan saham Hitlist yang naik, berdasarkan peratusan kenaikkan:
>0%: 20
>5%: 0
>10%: 0

Majoriti saham Hitlist mencatatkan kenaikkan tetapi masih tiada daham Hitlist yang mencapai kenaikkan 5% atau lebih. Sama juga dengan saham yang jatuh, tiada yang jatuh -5% atau lebih setakat ini. Dengan kenaikkan indeks FBMKLCI ketika ini, kesannya patut di rasai oleh saham-saham, tetapi mungkin belum tiba masanya lagi untuk kebanyakkan saham Hitlist mula naik seiring dengan indeks FBMKLCI. Masanya akan sampai nanti.

Sila check senarai saham Hitlist di link di bawah untuk kenalpasti saham mana yang hasilkan BUY SIGNAL (BREAKOUT) ataupun yang telah hasilkan SELL SIGNAL.

m2u20160407@10am

Diupdate setiap hari. Link ke saham-saham dalam Hitlist untuk hari ini:
http://3ruds.epinula.com/hit-list/hit-list-7-april-2016/

Sebahagian daripada saham-saham berpotensi terkini di pasaran Bursa Malaysia untuk hari ini.

20160407

Senarai prestasi saham-saham Hitlist yang telah lalu: http://3ruds.epinula.com/historical-data/

Maklumat terkini pasaran Bursa Malaysia dan berita terkini sila like Facebook page: https://www.facebook.com/epinula