Berita Terkini dan Analisa Pasaran @ 2:36 ptg, 4/1/2018

BERITA TERKINI: FBM KLCI lepasi psikologi 1,800 mata

ANALISA PASARAN:
Indeks FBMKLCI telah berada dalam keadaan menaik/UPTREND sejak 14/12/2017 lagi.

Jika dilihat dari segi kecepatan kenaikkan sekarang berbanding semasa indeks FBMKLCI jatuh pada Jun 2017 hingga Disember 2017, kenaikkan yang bermula pada 5/12/2017 hingga sekarang adalah lebih mendadak berbanding semasa indeks FBMKLCI mengalami kejatuhan Jun – Disember 2017 lepas.

Kebiasaanya, bila sesuatu indeks atau instrument kewang sseperti saham, naik secara teratur dan perlahan, maka jatuhnya nanti akan turut sama teratur dan perlahan.

Sama juga bila sesuatu indeks atau sasham melonjak naik secara mendadak, jatuhnya juga akan secara mendadak!

Oleh sebab itu, kena lebih berhati-hati dalam keadaan ini supaya tak terperangkap!